awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pewaris syarikat farmaseutikal Jerman mahu agih harta pusaka neneknya

Sinar Harian
Sinar Harian
14/01/2024
02:20 MYT
Pewaris syarikat farmaseutikal Jerman mahu agih harta pusaka neneknya
Engelhorn mahu mengagihkan harta yang diwarisi daripada neneknya. - Foto X/Tibor M. Kalman
VIENNA: Pewaris sebuah syarikat farmaseutikal Austria-Jerman, Marlene Engelhorn bersikap mulia apabila mahu mengagihkan harta yang diwarisi daripada neneknya.
Menurut portal BBC, Engelhorn, 31, kini mahu 50 warga Austria menentukan bagaimana harta bernilai 25 juta euro (kira-kira RM127 juta) diwarisinya itu diagihkan.
"Saya sudah mewarisi kekayaan dan kuasa tanpa melakukan apa-apa untuk itu. Negara tidak mahu (mengenakan) cukai," katanya.
Austria memansuhkan cukai harta pusaka pada tahun 2008 - salah sebuah daripada segelintir negara Eropah yang tidak mengenakan cukai harta pusaka.
Bagaimanapun, Engelhorn, pewaris kepada Friedrich Engelhorn iaitu pengasas syarikat kimia dan farmaseutikal Jerman, BASF menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang tidak adil.
Engelhorn mewarisi kekayaan apabila neneknya, Traudl Engelhorn-Vechiatto meninggal dunia pada September 2022.
Majalah Forbes menganggarkan kekayaan Traudl Engelhorn-Vechiatto pada AS$4.2 bilion (kira-kira RM19.5 bilion).
Sebelum neneknya itu meninggal dunia, Engelhorn sudah mengisytiharkan bahawa beliau mahu mengagihkan kira-kira 90 peratus daripada harta yang diwarisinya.
Pada Rabu, 10,000 jemputan menerusi surat secara rawak yang menyasarkan warga Austria untuk terbabit dalam platform bagi memikirkan cara mengagihkan harta berkenaan.
Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam inisiatif dikenali sebagai Good Council for Redistribution itu boleh mendaftar secara dalam talian atau melalui telefon.
Daripada sampel awal 10,000 warga Austria yang berumur lebih daripada 16 tahun itu, 50 orang bertuah akan dipilih untuk menggalas tugas untuk menentukan pengagihan harta berkenaan. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Marlene Engelhorn
#pewaris
#agih harta
#syarikat farmaseutikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan