DUNIA
Piagam PBB kekal penting bagi memelihara keamanan, keselamatan global - Presiden UNGA
Philemon Yang menegaskan bahawa sejak 80 tahun lalu, prinsip Piagam PBB menjadi asas kepada diplomasi pelbagai hala, membantu mengelakkan peperangan dunia yang lain. - REUTERS
NEW YORK: Matlamat dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi teras dalam membentuk aturan antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua dan kekal penting bagi memelihara keamanan serta keselamatan global, kata Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sesi ke-79, Philemon Yang.
Piagam PBB yang diterima pakai selepas kemusnahan besar-besaran itu menggambarkan komitmen bersama untuk "menyelamatkan generasi akan datang daripada bencana peperangan" melalui kerjasama antarabangsa, kesamarataan kedaulatan negara serta penghormatan terhadap maruah sejagat, kata presiden UNGA itu dalam wawancara bertulis bersama Xinhua baru-baru ini.
Ditandatangani di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada 1945 oleh wakil 50 negara, Piagam PBB muncul daripada tekad kolektif untuk memastikan dua peperangan dunia tidak berulang, katanya.
"Ia mencerminkan janji yang serius untuk membina sistem antarabangsa baharu berteraskan kerjasama, saling menghormati dan kesamarataan kedaulatan semua negara," katanya.
Presiden UNGA itu menegaskan bahawa sejak 80 tahun lalu, prinsip Piagam PBB menjadi asas kepada diplomasi pelbagai hala, membantu mengelakkan peperangan dunia yang lain, memajukan proses penyahjajahan, mengurangkan kemiskinan global serta menyediakan platform untuk menangani cabaran bersama.
"Ketika dunia terus berdepan krisis serius, Piagam ini membolehkan PBB berfungsi sebagai forum dialog dan pelindung keamanan," katanya.
Walaupun PBB jauh daripada sempurna, nilainya yang berkekalan terletak pada visi mendahulukan diplomasi berbanding keganasan serta seruan kepada tindakan bersama demi membina dunia yang lebih adil, aman dan selamat, kata beliau.
"Kita mesti terus menghayati semangat San Francisco yang mewujudkan Piagam PBB dan terus memberi inspirasi kepada tindakan berani, kerjasama serta berprinsip untuk manfaat generasi akan datang," kata Yang.
--BERNAMA-XINHUA