awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia 2022: Pasukan Argentina diberi sambutan wira oleh ratusan ribu rakyat

Agensi
Agensi
20/12/2022
13:26 MYT
Piala Dunia 2022: Pasukan Argentina diberi sambutan wira oleh ratusan ribu rakyat
Kepulangan pasukan Argentina sangat dinantikan penduduk negara itu dan sambutan tanpa henti dijangka berlarutan selama beberapa hari di seluruh negara. - Gambar/ AP
BUENOS AIRES: Kepulangan pemain kebangsaan Argentina di Buenos Aires selepas memenangi Piala Dunia 2022 disambut ratusan ribu rakyatnya.
Bahang itu dirasai selepas pasukan ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza.
Para penyokong setia menanti di lapangan terbang untuk menyambut kedatangan wira mereka.
Sejurus pintu pesawat dibuka, kapten pasukan, Lionel Messi kelihatan menuruni pesawat itu sambil menjulang trofi Piala Dunia.
Sambutan diteruskan di ibu kota berhampiran Monumen Obelisk pada Selasa.
Hari bersejarah itu juga diisytiharkan sebagai cuti umum buat seluruh rakyatnya.
Aksi final antara Argentina dan Perancis dianggap saingan paling mencemaskan dalam sejarah 92 tahun temasya itu.
Argentina menjulang Piala Dunia ketiga dengan kemenangan melalui penentuan sepakan penalti 4-2 mengatasi Perancis, selepas perlawanan terikat 3-3 pada masa tambahan.
Kepulangan pasukan itu sangat dinantikan penduduk Argentina dan sambutan tanpa henti dijangka berlarutan selama beberapa hari di seluruh negara itu.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Buenos Aires
#wira bola sepak
#Piala Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan