INTERNATIONAL
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza

Varsen Aghabekian berkata, PA bersedia untuk menguruskan titik persempadanan kemanusiaan, menyediakan perkhidmatan penting, dan mengatur proses pembinaan semula di masa hadapan. -Gambar fail/AP
GAZA: Pihak Berkuasa Palestin (PA) bersedia untuk mengambil alih kawalan ke atas Gaza.
Ringkasan AI
- PA bersedia menguruskan titik persempadanan kemanusiaan, menyediakan perkhidmatan penting, dan mengatur proses pembinaan semula di Gaza.
- PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
- PA zahir komitmen menyediakan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, air, dan elektrik untuk menjamin kepulangan pelarian dan menghadapi fasa pembinaan semula.
"Kami bersedia menyediakan perkhidmatan asas termasuk pendidikan kesihatan, air dan elektrik untuk menjamin kepulangan pelarian dan bersedia menghadapi fasa pembinaan semula.
"Kami bersedia menguruskan titik persempadanan dengan kerjasama EU dan Mesir," kata Varsen.
Beliau berkata sebarang bantuan dalam melatih pasukan PA akan dialu-alukan dan mengiktiraf peranan rakan kongsi antarabangsa.
Kenyataan beliau merupakan satu lagi usaha oleh PA untuk menunjukkan bahawa mereka mampu mengambil alih pengurusan dan pentadbiran Gaza daripada Hamas.
Israel menentang pengambilalihan kawalan oleh PA, namun tidak menjelaskan mengenai alternatif pemerintahan yang dicadangkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami