awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Singapura siasat gangguan perkhidmatan kereta api enam hari

Bernama
Bernama
02/10/2024
14:02 MYT
Pihak Berkuasa Pengangkutan Singapura siasat gangguan perkhidmatan kereta api enam hari
Gangguan yang berlaku dari 25 hingga 30 September itu menjejaskan penumpang dan siasatan dijangka selesai dalam beberapa bulan. - Facebook LTA Singapore
SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura memulakan siasatan kawal selia berhubung gangguan perkhidmatan kereta api selama enam hari di Laluan Timur-Barat antara stesen Jurong East dan Buona Vista.
LTA berkata gangguan yang berlaku dari 25 hingga 30 September itu menjejaskan penumpang dan siasatan dijangka selesai dalam beberapa bulan.
"Pertama, kami akan menyiasat punca utama kegagalan kotak gandar. Kedua, LTA akan meneliti prosedur pengesanan kesalahan dan pengurusan insiden untuk menentukan sama ada tindakan yang sesuai telah diambil," menurut kenyataan pada Rabu, sambil menambah bahawa hasil siasatan akan diumumkan kepada orang ramai.
Siasatan ini akan merangkumi kajian forensik mengenai sifat kegagalan kotak gandar dan akan mengenal pasti faktor lain yang mungkin menyumbang kepada insiden itu.
Ia juga akan menyemak prosedur sedia ada dan mencadangkan langkah-langkah untuk memperbaiki pengesanan kerosakan, meminimumkan gangguan perkhidmatan dan mencegah kerosakan pada infrastruktur rel.
Selain itu, LTA juga akan menyemak usaha pemulihan perkhidmatan dan mitigasi gangguan untuk memastikan ketepatan masa dan keberkesanan tindakan yang diambil oleh pengendali.
"Ini termasuk kecepatan pengaturan perkhidmatan bas penghubung, keberkesanan pengumuman mengenai gangguan, kejelasan panduan kepada penumpang mengenai pilihan perjalanan alternatif dan pengurusan orang ramai secara keseluruhan," tambah kenyataan itu.
Untuk menyokong siasatan itu, LTA akan melantik Panel Penasihat Pakar (EAP) untuk menyemak hasil siasatan dan memberi nasihat mengenai perkara teknikal.
Panel enam anggota itu akan dipengerusikan oleh bekas ketua Sistem Kereta Api untuk London Underground, Malcolm Dobell.
Sebagai sebahagian daripada siasatan, LTA akan mengumpul fakta, menemu bual kakitangan yang terlibat, menyemak rekod dan bukti, serta berunding dengan EAP.
Pada 25 Sept, sebuah kereta api generasi pertama yang beroperasi selama lebih 35 tahun mengalami kerosakan dan diarahkan kembali ke depoh. Dalam perjalanan itu ia telah menyebabkan kerosakan pada landasan, termasuk rel larian dan rel ketiga yang membekalkan kuasa kepada kereta api.
Siasatan LTA dan pengendali kereta api, SMRT, mendedahkan bahawa kotak gandar kereta api yang rosak telah terjatuh, menyebabkan satu daripada bogie terkeluar dari rel larian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta api
#Gangguan Perkhidmatan
#Singapura
#EWL
#LTA
#Jurong East
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan