DUNIA
Pihak berkuasa Thailand nyah aktif empat bom di Phuket, tahan suspek
Polis menemui empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu. - Gambar fail/ Reuters
BANGKOK: Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu, lapor akhbar Bangkok Post pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di Lapangan Terbang Phuket serta lokasi pelancongan popular seperti Pantai Patong dan Tanjung Phromthep.
- Dua suspek dari Pattani ditahan dan mendedahkan lokasi bahan letupan, namun motif mereka masih belum diketahui.
- Lapangan Terbang Phuket menasihatkan pengembara supaya memperuntukkan masa tambahan untuk daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan susulan insiden tersebut.
Sebuah motosikal yang dipasang bahan letupan ditemukan di lapangan terbang pada Rabu, manakala dua peranti ditemukan di Pantai Patong di pantai barat dan satu lagi di Tanjung Phromthep di hujung selatan pulau tersebut.
Pada Selasa, polis menahan dua suspek yang kemudian mendedahkan maklumat mengenai lokasi bahan letupan yang ditanam, menurut akhbar Khaosod. Suspek tersebut dilaporkan berasal dari wilayah Pattani di selatan Thailand. Motif mereka masih belum diketahui.
Lapangan Terbang Phuket menasihatkan para pengembara supaya memperuntukkan masa tambahan untuk urusan daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan.
-- BERNAMA