awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius

Bernama
Bernama
25/11/2024
10:07 MYT
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Pesawat itu terhempas beberapa kilometer dari lapangan terbang, terbabas beberapa ratus meter dan serpihannya mengenai sebuah bangunan kediaman. - Gambar/ Reuters
LITUANIA: Ketua polis Lithuania berkata kepada pemberita pada Isnin bahawa serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Ini adalah satu daripada versi yang perlu disiasat dan disahkan. Masih banyak siasatan yang perlu dilakukan," kata Arunas Paulauskas pada sidang media.
Siasatan di tempat kejadian, pengumpulan bukti dan maklumat serta objek mungkin akan mengambil masa seminggu. Paulauskas berkata, "Jawapan ini tidak akan diperoleh dengan cepat."
BACA: Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan
Ketua Perkhidmatan Penyelamat Lithuania Renatas Pozela, berkata pada sidang media bahawa pesawat itu terhempas beberapa kilometer dari lapangan terbang, terbabas beberapa ratus meter dan serpihannya mengenai sebuah bangunan kediaman. Pesawat itu adalah pesawat kargo yang diterbangkan untuk DHL dan telah berlepas dari Leipzig, Jerman timur.
Kediaman dua tingkat itu mempunyai empat flat dan tiga keluarga tinggal di sana. Semua 12 penghuni selamat, kata Pozela. Kebakaran pesawat berjaya dipadamkan dan tidak lagi merebak.
Jurucakap Perkhidmatan Penyelamat Lithuania, bercakap kepada agensi berita Lithuania Elta, berkata pesawat itu musnah sepenuhnya akibat kebakaran. Enam jentera bomba dan sebuah kenderaan pengangkut air berada di tempat kejadian dan pusat penyelarasan menyelamat disediakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#pesawat DHL terhempas
#serangan pengganas
#Lithuania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan