awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai

Bernama
Bernama
23/10/2023
03:48 MYT
Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini. - Gambar fail/AP
KHARTOUM : Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini di bandar pelabuhan Jeddah, Arab Saudi.
Langkah itu diambil selepas delegasi SAF pada Julai menarik diri daripada rundingan yang ditaja oleh Amerika Syarikat dan Arab Saudi, menurut Agensi Anadolu.
Anggota Sovereign Council Sudan Lef. Jen. Shams Aldin Alkabashi berkata tentera telah menerima jemputan rasmi daripada perantara dan mengesahkan bahawa perbincangan akan disambung semula pada Khamis.
"Rundingan akan dimulakan dengan isu-isu kemanusiaan, termasuk penghantaran bantuan ke zon perang.
"Fasa kedua pula akan melibatkan perbincangan mengenai gencatan senjata manakala fasa terakhir menyentuh isu politik untuk menamatkan perang di negara ini," katanya.
Ribuan orang telah terbunuh manakala ratusan ribu lagi cedera sejak perang antara SAF dan RSF meletus pada 15 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Sudan
#Angkatan Tentera Sudan
#gencatan senjata
#Arab Saudi
#saf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan