[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Pihak keselamatan Mekah tahan empat warga asing promosi kempen haji palsu dan mengelirukan

Bernama 30/04/2025 | 05:30 MYT
Kesemua suspek telah ditahan, dikenakan tindakan undang-undang dan seterusnya dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan/Akaun X @MoHU_En
MEKAH: Rondaan keselamatan di Mekah menahan empat warga China atas kesalahan penipuan selepas mereka mempromosikan iklan kempen haji palsu dan mengelirukan di media sosial, kononnya menawarkan penginapan dan pengangkutan di tanah suci, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Ringkasan AI
  • Empat warga China ditahan oleh pihak berkuasa di Mekah kerana mempromosikan iklan kempen haji palsu yang menawarkan penginapan dan pengangkutan di tanah suci.
  • Kesemua suspek telah dikenakan tindakan undang-undang dan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk siasatan lanjut.
  • Direktorat Keselamatan Awam menyeru warga tempatan dan jemaah untuk mematuhi peraturan haji serta melaporkan pelanggaran melalui talian kecemasan ditetapkan.

Kesemua suspek telah ditahan, dikenakan tindakan undang-undang dan seterusnya dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk siasatan lanjut
Direktorat Keselamatan Awam menyeru warga tempatan dan jemaah untuk mematuhi peraturan haji serta melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 bagikawasan Mekah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 untuk wilayah lain di seluruh Kerajaan Arab Saudi.
-- BERNAMA
#pihak keselamatan Mekah #haji palsu #warga china #pakej haji mengelirukan