DUNIA

Pilihan Raya Belanda: Bekas Pesuruhjaya EU Frans Timmermans letak jawatan

Agensi 30/10/2025 | 00:55 MYT
Frans Timmermans berucap mengumumkan peletakan jawatan susulan keputusan pilihan raya parlimen Belanda di venue GroenLinks-PvdA (Partij van de Arbeid), Rotterdam, Belanda, 29 Okt 2025. REUTERS
ROTTERDAM: Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) Frans Timmermans meletak jawatan sebagai pemimpin parti Hijau-Buruh Belanda selepas keputusan yang mengecewakan dalam pilihan raya pada Rabu.

Tinjauan keluar mengundi menunjukkan parti sayap kiri itu akan merosot kepada 20 kerusi, berbanding 25 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya terdahulu pada tahun 2023.

Timmermans, yang dahulunya Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, membuat pengumuman itu setelah keputusan awal menunjukkan partinya gagal mencapai sasaran dan tewas kepada parti liberal D66.

Sambil mengucapkan tahniah kepada D66 atas kemenangan mereka, Timmermans memberitahu penyokong, "Pertahankan itu, kerana masa yang lebih baik akan tiba. Masa yang lebih baik akan tiba," sebelum meninggalkan pentas.

Tindakan beliau itu memberi isyarat bermulanya lembaran baharu untuk Parti Buruh, yang kini perlu mencari pemimpin baharu untuk menghadapi landskap politik Belanda yang semakin mencabar.



#Belanda #Frans Timmermans #letak jawatan #pilihan raya