awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Bolivia: Rodriguez sah bertanding, Morales kekal tidak layak

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2025
23:40 MYT
Pilihan Raya Bolivia: Rodriguez sah bertanding, Morales kekal tidak layak
Rodriguez kini mendahului sebagai calon utama blok kiri, mengatasi calon pembangkang seperti ahli ekonomi dan ahli perniagaan Samuel Doria serta bekas Presiden konservatif, Jorge Quiroga. - Foto REUTERS
LA PAZ: Mahkamah Perlembagaan Bolivia pada Khamis mengesahkan bahawa Presiden Senat, Andronico Rodriguez, layak bertanding dalam pilihan raya presiden negara itu yang dijadualkan berlangsung Ogos ini, manakala bekas Presiden Evo Morales kekal tidak layak bertanding.
Rodriguez, seorang senator berhaluan kiri dari Gerakan Menuju Sosialisme (MAS), pada awalnya menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan partinya sendiri bagi menyertai pilihan raya.
Dalam masa sama, Morales, yang telah berkhidmat selama tiga penggal sebagai presiden, terus dihalang oleh perlembagaan daripada bertanding semula.
Beliau bagaimanapun menyeru para penyokongnya untuk turun ke jalan raya bagi menuntut kelayakannya dikembalikan.
Menurut tinjauan di negara itu, Rodriguez kini mendahului sebagai calon utama blok kiri, mengatasi calon pembangkang seperti ahli ekonomi dan ahli perniagaan Samuel Doria serta bekas Presiden konservatif, Jorge Quiroga.
Morales kini kehilangan banyak pengaruh politik dan dilaporkan bersembunyi di kawasan luar bandar Bolivia yang dikawal penyokongnya bagi mengelak waran tangkap namun tetap bertegas akan kembali memimpin negara itu.
Ketegangan politik semakin meruncing di Bolivia susulan populariti Presiden semasa, Luis Arce, yang juga bekas anak didik Morales merosot akibat peningkatan kos sara hidup, perpecahan dalaman politik dan kekurangan bekalan petrol yang mencetuskan protes serta sekatan jalan raya.
Topic Berkaitan
#Peningkatan kos sara hidup
#pilihan raya Bolivia
#Andronico Rodriguez
#Evo Morales
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami