awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun

Bernama
Bernama
21/05/2024
02:30 MYT
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Perkara 131 Perlembagaan Republik Islam Iran mewajibkan pembentukan sebuah majlis untuk menguruskan hal ehwal eksekutif negara untuk tempoh 50 hari dan bersedia untuk pilihan raya presiden susulan kematian Ebrahim Raisi. - Gambar REUTERS
TEHRAN: Selepas meneliti masa proses pilihan raya, ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih presiden baharu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pendaftaran calon akan berlangsung dari 30 Mei hingga 3 Jun dan tempoh kempen pilihan raya ditetapkan dari 12 hingga 27 Jun.
Perkara 131 Perlembagaan Republik Islam Iran mewajibkan pembentukan sebuah majlis untuk menguruskan hal ehwal eksekutif negara untuk tempoh 50 hari dan bersedia untuk pilihan raya presiden.
Pilihan raya diadakan susulan kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran, pada Ahad.
Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah turut berada dalam helikopter yang sama dan kesemuanya terkorban.
Terdahulu IRNA melaporkan bahawa perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran.
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan menunaikan solat jenazah untuk presiden pada Rabu dan jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Mashhad sehari kemudian.
Satu majlis sedang berlangsung di pusat bandar Tehran di mana orang ramai sedang bersedih dan berkabung atas kematian Raisi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya Iran
#Ebrahim Raisi meninggal dunia
#Ayatollah Seyyed Ali Khamenei
#helikopter terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan