DUNIA
Pilihan Raya Iraq: PM Sudani mendahului, rundingan kerajaan dijangka berlarutan
Omar Ahmed mengumumkan keputusan pilihan raya Iraq pada sidang media di Baghdad, 17 Nov 2025. REUTERS
BAGHDAD: Suruhanjaya Pilihan Raya Iraq pada Isnin mengesahkan keputusan rasmi pilihan raya parlimen, dengan senarai Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani meraih kemenangan terbesar selepas memperoleh 46 daripada 329 kerusi yang dipertandingkan.
Bagaimanapun, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian, menjadikan proses pembentukan pentadbiran baharu bergantung kepada rundingan dan pembentukan pakatan antara pelbagai blok politik.
Mengumumkan keputusan pilihan raya itu di sini pada Isnin, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Iraq (IHEC) Omar Ahmed berkata, ia menyaksikan kehadiran pengundi yang memberangsangkan, yang telah menyuarakan kehendak mereka secara bebas dalam suasana yang selamat.
"Penyertaan meluas rakyat kami telah menyumbang secara signifikan kepada kejayaan pilihan raya ini serta memperkukuh landasan demokrasi di negara tercinta, Iraq.
"Sepanjang proses pilihan raya, IHEC telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan tahap profesionalisme, ketelusan dan integriti yang tertinggi, selaras dengan kewajipan perlembagaan dan undang-undang yang digariskan," katanya.
Situasi ini dijangka terus memanjangkan tempoh ketidaktentuan politik di Iraq, memandangkan pembentukan kerajaan baharu berkemungkinan mengambil masa yang lama susulan rundingan kompleks untuk membentuk sokongan majoriti.
Pilihan raya kali ini dianggap sebagai ujian penting terhadap kestabilan politik negara itu, yang sebelum ini berdepan dengan ketegangan dalaman serta tekanan ekonomi yang berpanjangan.