awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Jerman: Angela Merkel pertahan jawatan

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2017
00:57 MYT
Pilihan raya Jerman: Angela Merkel pertahan jawatan
Angela Merkel mempertahankan jawatan untuk penggal keempat selepas partinya CDU menang pilihan raya negara itu. -Reuters
Canselor Jerman, Angela Merkel mempertahankan jawatan untuk penggal keempat selepas partinya CDU menang pilihan raya negara itu.
Sokongan terhadap pakatan pimpinan Merkel merosot, namun ia kekal parti terbesar di Parlimen dengan lebih 32 peratus undi.
Sementara itu, rakan komponen CDU sebelum ini, Parti Sosial Demokratik (SPD) hanya memperoleh 20.6 peratus undi.
Parti alternatif untuk German, AFD, berada di kedudukan ketiga dengan 13 peratus undi.
Keputusan ini adalah yang terburuk dicatat parti pimpinan Merkel dalam tempoh 12 tahun.
Pilihan raya berlangsung dalam keadaan tegang.
Ia susulan bantahan kumpulan anti Merkel yang menolak polisi mesra migran.
Dalam ucapan pertama selepas partinya diisytiharkan menang, Merkel mengakui mengharap keputusan yang lebih baik.
Namun, kata Merkel, beliau sedia mendengar keluhan suara pengundi yang memilih parti alternatif, AFD.
Ini termasuk kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan migran.
“Kami mengharapkan keputusan yang lebih baik. Namun kami (pakatan) berkongsi tanggungjawab yang sama untuk negara dan masa depan.
“Tempoh mendatang bukan mudah, namun kami akan melaksanakan program penting untuk rakyat dan kami yakin akan berjaya,” kata Merkel.
Topic Berkaitan
#AfD
#Angela Merkel
#CDU
#German
#Parti Sosial Demokratik
#polisi mesra migran
#SPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan