DUNIA
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Abbas turut menetapkan 14 Mei sebagai tarikh bagi Persidangan Agung Kelapan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), yang akan diadakan di Ramallah. - Gambar fail/Sergei Bobylev/Photo host agency RIA Novosti
RAMALLAH: Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri presiden menggesa rakyat Palestin, sama ada di tanah air mahupun di perantauan, untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya Majlis Nasional Palestin pada 1 Nov, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Ringkasan AI
Dekri presiden itu menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan di mana-mana sahaja yang membolehkan, baik di dalam mahupun di luar Palestin, bagi memastikan penyertaan seluas mungkin rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada.
Pilihan raya itu akan dijalankan mengikut prinsip perwakilan berkadar penuh, bagi menjamin perwakilan yang adil untuk semua lapisan rakyat Palestin, termasuk wanita, belia, dan komuniti Palestin di luar negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan memantau sepenuhnya proses pilihan raya berkenaan.
Abbas turut menetapkan 14 Mei sebagai tarikh bagi Persidangan Agung Kelapan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), yang akan diadakan di Ramallah.
Kabinet sebelum ini telah menetapkan tarikh pilihan raya tempatan di Palestin pada 25 April.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Mahmoud Abbas menggesa rakyat Palestin sertai pilihan raya Majlis Nasional Palestin pada 1 Nov, di mana pilihan raya akan dijalankan di dalam dan luar negara untuk meningkatkan penyertaan rakyat.
- Pilihan raya itu akan menjamin perwakilan yang adil untuk semua lapisan rakyat Palestin, termasuk wanita, belia, dan komuniti luar negara, serta Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan memantau proses pilihan raya sepenuhnya.
- Tarikh Persidangan Agung Kelapan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) ditetapkan pada 14 Mei di Ramallah, sementara tarikh pilihan raya tempatan Palestin yang sebelum ini ditetapkan pada 25 April telah diubah.