awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup

Bernama
Bernama
08/02/2024
08:42 MYT
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman. - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan pada Khamis menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kementerian Dalam Negeri mengumumkan perkhidmatan telefon bimbit di seluruh negara digantung buat sementara waktu, beberapa minit sebelum pusat pengundian bagi pilihan raya dibuka.
"Keputusan itu dibuat demi memastikan keselamatan pengundi," menurut kenyataan kementerian itu.
Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera dalam insiden pengeboman membabitkan pejabat calon tempatan di wilayah barat daya Balochistan.
Pihak berkuasa turut mengarahkan agar sempadan negara dengan Afghanistan dan Iran ditutup selama sehari, kata jurucakap Kementerian Luar Mumtaz Baloch.
Menurut suruhanjaya pilihan raya, lebih separuh daripada 90,000 pusat mengundi terdedah kepada keganasan.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan sekitar 600,000 anggota keselamatan ditempatkan di pusat-pusat pengundian.
Sebelum ini, pengganas bertindak menggunakan telefon bimbit untuk meletupkan peranti letupan yang ditanam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#rangkaian mudah alih
#sempadan ditutup
#Afghanistan
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan