Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) Mesir pada Isnin mengumumkan pilihan raya presiden bakal diadakan antara 16 dan 28 Mac, 2018.
Menurut suruhanjaya itu, ia menetapkan tempoh pengundian tiga hari bermula 16 hingga 18 Mac bagi pengundian luar negara.
Sementara bagi pengundian dalam negara, proses itu akan dijalankan daripada 26 hingga 28 Mac.
Keputusan pilihan raya dijangka diumumkan pada 2 April.
Sekiranya tiada calon berjaya mendapat lebih daripada 50 peratus undi, pengundian pusingan kedua akan diadakan antara 19 dan 26 April.
NEC menjelaskan, ia akan menerima permohonan calon yang mahu bertanding antara 20 dan 29 Januari dan nama calon yang layak akan diterbitkan menerusi akhbar rasmi kerajaan, Al-Ahram dan Al-Akhbar hujung bulan ini.
Pada satu sidang media, Lasheen Ibrahim, hakim yang mengetuai NEC berkata, pihaknya akan "berusaha sedaya upaya menjalankan pilihan raya mengikut standard tertinggi keadilan dan ketelusan antarabangsa."
Kali terakhir pilihan raya presiden Mesir diadakan adalah pada Mei 2014.
Ia menyaksikan kemenangan Presiden Abdel Fattah Al Sisi dengan undi lebih 96 peratus, menentang Hamdeen Sabahi.
Sehingga kini, Abdel Fattah belum memberi bayangan mahu mempertahankan jawatan atau tidak.
Ketika ini, satu-satunya calon yang mengumumkan mahu bertanding adalah peguam hak asasi, Khaled Ali.
Bekas perdana Menteri Ahmed Shafiq turut menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan presiden, namun membatalkan niat itu.
Astro Awani
Mon Jan 08 2018
Lasheen Ibrahim berkata, pihaknya akan 'berusaha sedaya upaya menjalankan pilihan raya mengikut standard tertinggi keadilan dan ketelusan antarabangsa.' REUTERS
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Keputusan SPM 2018 pada 14 Mac ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini.
Penerbit filem Star Wars dinobat selebriti terkaya Amerika Syarikat
Hasil penjualan Syarikat Lucas Film kepada Walt Disney Co sebanyak AS$4 bilion (kira-kira RM17 bilion) pada tahun 2012 adalah antara sumbangan terbesar kepada kekayaan beliau.
Wushu Malaysia pulang tanpa pingat Sukan Asia 2018
Timbul persoalan sama ada pasukan tersebut perlu diberi peluang dihantar atas kategori A (perbelanjaan ditanggung sepenuhnya) pada kejohanan akan datang.
5 sebab skuad Jerman pulang awal ke halaman sendiri
Kekecewaan menyelubungi setiap pemain dan petugas skuad Jerman yang tidak menjangkakan ianya berakhir penuh memalukan.
Ciri VR Stadium Astro bawa pengalaman menonton Piala Dunia 'di stadium'
Ketika ramai yang akan terpaku depan televisyen, Astro tawarkan pengalaman menonton secara langsung Piala Dunia seperti berada di dalam stadium dengan ciri 'virtual reality'.
Samsung perkenal model TV QLED terkini untuk 2018
Samsung Malaysia melancarkan keluaran televisyen skrin besar berdefinisi tinggi QLED terbaru untuk model tahun 2018 hari ini.
Siapa cakap tak laku? iPhone X cecah jualan lebih 50 juta unit!
Setakat tiga bulan pertama tahun ini sahaja, iPhone X capai jualan 16 juta unit sekaligus muncul telefon pintar dengan jualan tertinggi.
F1 hilang seri, khidmat gadis litar ditamatkan
Kelibat gadis-gadis litar yang cantik dan seksi tidak akan lagi ditampilkan pada perlumbaan Formula 1 bermula musim 2018.
Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan
Jumlah pengguna Internet meningkat kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial.
Pilihan raya presiden Mesir pada Mac
Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan Mesir (NEC) mengumumkan pilihan raya presiden bakal diadakan antara 16 ke 28 Mac 2018.