INTERNATIONAL
Pilihan raya umum bakal diadakan - Perdana Menteri Australia
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada Khamis berkata pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi, dengan pengundian dijadualkan berlangsung pada Mei. - Gambar fail/REUTERS
ISLAMABAD: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada Khamis berkata pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi, dengan pengundian dijadualkan berlangsung pada Mei, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.
Dalam temu bual dengan stesen radio tempatan, Albanese mengesahkan walaupun beliau tidak mengumumkan tarikh pilihan raya hari ini, beliau merancang untuk berbuat demikian tidak lama lagi, menurut transkrip yang dikeluarkan oleh pejabatnya.
"Baiklah, ia akan diadakan pada Mei, saya boleh menjamin itu. Dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat, saya boleh memberi jaminan kepada anda tentang itu," katanya.
Menjelang pengumuman pilihan raya, kerajaan Albanese meluluskan rang undang-undang di Senat pada Rabu malam yang merangkumi pemotongan cukai baharu sebagai sebahagian daripada belanjawan persekutuan, bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi yang tidak berpuas hati.
Kerajaan akan mengurangkan cukai sebanyak A$5 (US$3.14) seminggu bermula pada 2026, diikuti dengan pengurangan sebanyak A$10 (US$6.29) seminggu bermula pada 2027, sebagai sebahagian daripada pakej bantuan kos sara hidup.
Pilihan raya umum akan diadakan pada atau sebelum 17 Mei, dengan pengundi memilih ahli parlimen baharu untuk Dewan Perwakilan dan Senat.
Kira-kira 150 kerusi di Dewan Perwakilan dan 40 daripada 76 kerusi Senat akan dipertandingkan.
Dalam pilihan raya 2022, Parti Buruh Albanese memenangi 77 kerusi, manakala parti pembangkang iaitu Gabungan Liberal-Nasional memperoleh 58 kerusi.
-- BERNAMA