awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya umum Thailand bakal diadakan pada pertengahan 2017

Agensi
Agensi
26/01/2016
13:36 MYT
Pilihan raya umum Thailand bakal diadakan pada pertengahan 2017
PRAYUT: Kerajaan yang memerintah sebelum ini gagal mentadbir negara dan tidak mampu mengawal bajet.
Kerajaan tentera Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pertengahan tahun depan walaupun draf perlembagaan baharu yang dicadangkan belum mendapat kelulusan referendum awam, ujar Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha.
Jeneral tentera itu, yang telah merampas kuasa pentadbiran negara daripada golongan ahli politik dua tahun lalu, sekali lagi menegaskan bahawa dirinya tidak mahu berada lebih lama dalam kuasa pentadbiran.
"Saya sudahpun merancang untuk mengadakan pilihan raya umum 2017 sejak Mei 2014. Saya tidak mahu memegang kuasa lebih lama dan tidak mahu meraih sebarang kepentingan peribadi,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.
Walau bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada negara itu akan melalui proses pilihan raya umum pertengahan tahun depan bergantung kepada respons rakyat dan referandum dalam meluluskan draf perlembagaan.
Referandum bagi draf perlembagaan draf direncanakan pada Julai tahun ini, seperti yang diatur dalam perancangan negara.
Katanya, dia telah menyertai politik dan menganggap kepimpinan negara pada Mei 2014 dapat menangani masalah yang menjadikan Thailand sebuah negara bermasalah.
"Kerajaan sivil yang memerintah sebelum ini gagal mentadbir negara dan tidak mampu mengawal bajet,” ujarnya sambil menambah, rakyat Thai perlu berhenti daripada hanya patuh kepada ahli politik memandangkan negara tidak bergantung sepenuhnya kepada politik.
Negara itu, menurut Prayut, memerlukan kerjasama semua pihak.
Topic Berkaitan
#pemerintahan tentera
#pilihan raya umum Thailand
#Prayut Chan-O-Cha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan