Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal

Harits Asyraf Hasnan
Februari 15, 2017 13:42 MYT
Kesemua pengiraan undian awal oleh lima badan yang dipertanggungjawabkan menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok mendahului dua lagi pasangan lain. -Foto REUTERS
Pengiraan undian awal Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta 2017 selesai pada petang Rabu.
Setakat 8 malam ini, kesemua pengiraan undian awal menunjukkan pasangan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok bersama Djarot Saiful Hidayat mendahului dua pasangan yang lain.
Lima badan dipertanggungjawabkan dalam proses pengiraan undian awal ini iaitu Litbang Kompas, Cyrus Network, PolMark Indonesia, Lingkaran Survei Indonesia (LSI) dan Saiful Mujani Research and Consulting (SMRC).
BACA: Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah
Berikut merupakan keputusan tidak rasmi undian awal tiga pasangan calon gabenor dan wakil gabenor DKI Jakarta:
Litbang Kompas
Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni: 17.37 peratus
Basuki Tjahaja Purnama-Djarot Saiful Hidayat: 42.87 peratus
Anies Baswedan-Sandiaga Uno: 39.76 peratus
Cyrus Network
Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni: 17 peratus
Basuki Tjahaja Purnama-Djarot Saiful Hidayat: 43.9 peratus
Anies Baswedan-Sandiaga Uno: 39.2 peratus
PolMark Indonesia
Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni: 19.1 peratus
Basuki Tjahaja Purnama-Djarot Saiful Hidayat: 41.2 peratus
Anies Baswedan-Sandiaga Uno: 39.7 peratus
LSI
Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni: 16.9 peratus
Basuki Tjahaja Purnama-Djarot Saiful Hidayat: 43.2 peratus
Anies Baswedan-Sandiaga Uno: 39.9 peratus
SMRC
Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni: 16.7 peratus
Basuki Tjahaja Purnama-Djarot Saiful Hidayat: 43.1 peratus
Anies Baswedan-Sandiaga Uno: 40.2 peratus
Keputusan undian awal ini bukan keputusan rasmi Pilkada DKI Jakarta.
Proses pengiraan undi rasmi akan dilakukan sebuah suruhanjaya iaitu Komisi Pemilihan Umum (KPU) bermula 16 hingga 27 Februari 2017.
#ahok #basuki tjahaja purnama #Gabenor Jakarta #ketua daerah #pengundi #Pilkada