Penyandang Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, tewas kepada pesaingnya, bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Anies Baswedan dalam Pilihan raya Kepala Daerah (Pilkada) Jakarta yang berlangsung sejak pagi ini.

Keputusan tidak rasmi berdasarkan kiraan awal menunjukkan Anies mendahului dengan meraih undian antara 58 dan 60 peratus berbanding Ahok yang hanya mendapat antara 40 dan 42 peratus undian.

Peninjau pendapat lain turut menunjukkan angka yang sama selepas hampir 100% undian dikira.

BACA: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei

Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Indonesia dijangkakan bakal mengumumkan keputusan pemilihan ini pada awal Mei.

Sebelum ini, Ahok telah memenangi undian pusingan pertama pada Februari dalam pertandingan tiga penjuru.