DUNIA
PM Albanese puji semangat rakyat Australia susulan serangan di Bondi Beach
Serangan yang berlaku pada 14 Disember itu merupakan insiden tembakan beramai-ramai paling buruk di Australia dalam hampir 30 tahun, dan kini disiasat sebagai tindakan keganasan yang menyasarkan komuniti Yahudi. - Gambar fail
CANBERRA: Perdana Menteri Anthony Albanese memuji rakyat Australia atas tindak balas mereka terhadap serangan keganasan di Bondi Beach dalam ucapan Tahun Baharunya yang dikeluarkan pada Selasa malam, lapor Xinhua.
Dalam mesej video tahunan sempena akhir tahun 2025 itu, Albanese berkata kegembiraan yang lazimnya dirasai rakyat Australia pada permulaan tahun baharu "diselubungi kesedihan" berikutan insiden tembakan maut yang mengorbankan 15 orang di festival Yahudi Hanukkah di Bondi Beach, Sydney, awal Disember lepas.
Perdana Menteri berkata seluruh negara turut merasai kesedihan atas setiap nyawa yang terkorban dan setiap kehidupan yang berubah selama-lamanya akibat serangan ganas itu, namun tindak balas terhadap insiden berkenaan memperlihat "yang terbaik daripada semangat Australia, dengan segala keberanian dan keprihatinannya."
"Dan itulah sebabnya saya berasa optimis dan bertekad bahawa pada tahun baharu ini kita akan bangkit menghadapi cabaran mendatang dengan cara yang sama seperti yang sentiasa dilakukan oleh rakyat Australia - dengan bekerjasama dan saling menjaga antara satu sama lain," katanya.
Albanese mengakhiri ucapan itu dengan menyatakan yang rakyat Australia akan bekerjasama pada 2026 untuk menulis "bab seterusnya" dalam kisah negara itu secara positif.
Serangan yang berlaku pada 14 Disember itu merupakan insiden tembakan beramai-ramai paling buruk di Australia dalam hampir 30 tahun, dan kini disiasat sebagai tindakan keganasan yang menyasarkan komuniti Yahudi.
Untuk rekod, 16 orang awam terkorban, termasuk salah seorang penyerang yang ditembak mati oleh polis. Polis mengenal pasti lelaki tersebut sebagai Sajid Akram, 50.
Manakala anak lelakinya, Naveed Akram, 24, dipercayai turut bersubahat dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas turut ditembak.
--BERNAMA-XINHUA