awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bakal garis keutamaan dasar luar Malaysia dalam syarahan di Ankara

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/01/2026
08:45 MYT
PM Anwar bakal garis keutamaan dasar luar Malaysia dalam syarahan di Ankara
Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal. - Gambar/ Bernama
ANKARA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk “Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye” pada lawatan rasmi beliau ke negara itu dari 6 hingga 8 Januari.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan syarahan umum di Turkiye bertajuk "Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye" bagi memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama strategik kedua-dua negara.
  • Syarahan itu akan membincangkan dasar luar Malaysia dalam konteks perubahan geopolitik global serta meneroka peluang kerjasama baru dengan Turkiye dalam bidang perdagangan, pertahanan, teknologi, tenaga, semikonduktor, dan pendidikan.
  • Lawatan rasmi Anwar ke Turkiye termasuk pertemuan dengan Presiden Erdogan, dijangka meningkatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang mempunyai jumlah dagangan yang signifikan, dengan sasaran mencecah US$10 bilion dalam masa terdekat.

Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal berkata, syarahan tersebut bakal menggariskan keutamaan dasar luar Malaysia dan inisiatif bagi meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua negara.
Jelas beliau lagi, ia merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala yang kini berada pada tahap Perkongsian Strategik Komprehensif.
“Syarahan ini akan diberikan (Perdana Menteri) kepada pemikir-pemikir kritikal strategik negara di Turkiye, golongan- golongan profesional, akademik, pegawai-pegawai kanan Turkiye, pelajar-pelajar dan juga media,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia di Ankara pada Selasa, sempena lawatan Perdana Menteri ke Ankara dan Istanbul, yang turut diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Menurut kenyataan susulan Wisma Putra, syarahan itu dianjurkan bersama badan pemikir utama Turkiye, Foundation for Political, Economic and Social Research (SETA), dan menjadi pentas untuk Perdana Menteri memperincikan visi Malaysia dalam landskap kuasa global yang semakin beralih, selain memperkukuh hubungan strategik Malaysia-Turkiye di bawah kerangka HLCS.
Syarahan tersebut dijangka menggariskan hala tuju dasar luar Malaysia dalam konteks perubahan geopolitik global, selain meneroka peluang kerjasama baharu dengan Turkiye dalam bidang strategik seperti perdagangan dan pelaburan, pertahanan, teknologi, tenaga, semikonduktor serta pendidikan.
Dalam pada itu Sazali berkata, Perdana Menteri juga dijadual menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Perniagaan bersama lebih 40 syarikat utama Turkiye bagi meneroka peluang pelaburan baharu di Malaysia.
“Perbincangan tersebut tidak tertumpu kepada sektor tertentu, sebaliknya membuka ruang kepada kerjasama bersifat rentas industri,” katanya lagi.
Lawatan rasmi ini merupakan kunjungan balas Anwar selepas lawatan Erdogan ke Malaysia pada Februari 2025.
Istiadat sambutan rasmi akan berlangsung pada 7 Januari di Kompleks Presiden sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata.
Sebagai penghormatan negara tuan rumah, Erdogan turut dijadual menganugerahkan The Order of the Republic kepada Anwar - pengiktirafan tertinggi diberikan kepada ketua kerajaan yang memainkan peranan dalam memperkukuh hubungan dua hala Turkiye dengan negara sahabat.
Malaysia dan Turkiye mencatat jumlah dagangan RM21.2 bilion dari Januari hingga November 2025, manakala perdagangan dua hala tahun 2024 mencecah RM24.15 bilion.
Kedua-dua negara mensasarkan peningkatan perdagangan kepada US$10 bilion dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Turkiye
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan