awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bertemu Körber Foundation bincang dasar luar negara

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
13/03/2024
11:09 MYT
PM Anwar bertemu Körber Foundation bincang dasar luar negara
Anwar dan delegasi bergambar di hadapan Brandenburg Gate sebelum meneruskan perbincangan di pejabat yayasan tersebut. - Gambar PMO
BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan rasmi ke Jerman dengan pertemuan bersama badan pemikir Körber Foundation.
Menurut kenyataan pejabatnya, perbincangan terarah kepada dasar antarbangsa dan isu-isu geopolitik.
"Dalam sesi ini kami membincangkan dan berkongsi keutamaan dasar serta polisi luar negara selain isu terkait hubungan sosial, antarabangsa, geopolitik dan perkembangan politik semasa.
"Sudah pastinya situasi yang berlaku di Palestin dan Ukraine turut dibangkitkan semasa pertemuan ini," jelas kenyataan itu.
Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Ahli Lembaga Eksekutif Körber Foundation, Dr. Thomas Paulsen, dan Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa, Nora Muller.
Perdana Menteri dan delegasi bergambar di hadapan Brandenburg Gate sebelum meneruskan perbincangan di pejabat yayasan tersebut.
Antara dapatan kajian terkini Körber Foundation mengenai landskap isu antarabangsa dalam Jerman menunjukkan 57 peratus rakyat Jerman merasakan negara tersebut ketinggalan dalam dominasi isu global.
Meskipun Canselor Jerman Olaf Scholz dalam ucapan Zeitenwende di Parlimen menegaskan sokongan Jerman kepada Ukraine dan Israel, 38 peratus mahu lebih banyak tindakan diambil.
Hari ini jadual Perdana Menteri tidak melibatkan sebarang acara negara.
Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama di program SME Future Dat, selepas ditemubual media Jerman Deutsche Welle (DW).
Topic Berkaitan
#lawatan rasmi
#politik semasa
#badan pemikir
#hubungan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan