CANBERRA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak boleh menerima 'pandangan fatalistik dunia' bahawa persaingan kuasa besar telah menjadi ciri struktural hal ehwal serantau dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyederhanakannya.
"Dengan mengusahakan kekuatan masing-masing dan hubungan unik dengan negara utama di rantau ini, kita boleh mencapai sesuatu yang bererti untuk Asia Pasifik," katanya.
Anwar berkata demikian semasa syarahan umumnya pada program 2024 Gareth Evans Oration bertajuk Navigating Geopolitical Currents: Malaysia and Australia's pivotal role in Asia Pacific, di Universiti NAsional Australia (ANU) di sini, yang dihadiri lebih 500 pelajar.
Beliau berkata tindak balas rantau itu terhadap kebangkitan China akan menjadi penentu kritikal, sama ada rantau ini akan dicirikan oleh detente atau perbalahan.
"Untuk menyelaraskan strategi kita dengan berkesan, kita perlu mengamalkan empati; untuk memahami perspektif mereka; untuk melihat bagaimana orang lain melihat kita.
"Bagi pemimpin China, wajar bagi mereka untuk lebih tegas dalam menegakkan kepentingan mereka. Ekonomi yang berkembang secara semula jadi membawa kepada pengaruh diplomatik yang lebih besar dan ketenteraan yang lebih kuat.
"Di mata mereka, reaksi buruk terhadap kenaikan China - dari segi ketenteraan, ekonomi, dan teknologi - tidak lain hanyalah cubaan untuk menafikan tempat mereka yang sah dalam sejarah," katanya.
Anwar berkata halangan yang diletakkan terhadap kemajuan ekonomi dan teknologi China, hanya akan menonjolkan lagi lagi rasa tidak puas hati tersebut.
"Namun begitu, pada ketika menghadapi situasi persepsi yang bersaing, saya tidak sekali-kali mengesyorkan bahawa kita boleh menutup mata terhadap tingkah laku atau tindakan yang tidak selaras dengan undang-undang dan norma antarabangsa," katanya.
Anwar berkata adalah sesuatu yang penting bagi kita untuk memahami perubahan yang mendalam yang telah berlaku di Amerika Syarikat. Tiga puluh tahun yang lalu merupakan tempoh di mana bahagian utama asas industri Amerika telah benar-benar dilenyapkan.
"Keruntuhan golongan pekerja di Amerika Syarikat merupakan salah satu perubahan masyarakat yang paling berpengaruh dalam era kita.
"Globalisasi tidak memberikan kesan kepada mereka seperti yang berlaku kepada pekerja di Asia. Perang yang berlarutan di Iraq dan Afghanistan telah menimbulkan kesan yang besar terhadap psikologi rakyat. Akibatnya, terdapat kecenderungan untuk pemimpin yang lebih transaksional dengan bahagian lain dunia - mereka yang menyatakan bahawa mereka mengutamakan Amerika," katanya.
Anwar juga menyatakan bahawa "kita juga sedang mengalami perubahan fundamental dalam andaian global mengenai apa yang dicita-citakan masyarakat.
"Selama lebih dari 150 tahun, sekurang-kurangnya sejak Restorasi Meiji pada tahun 1868, menjadi kebenaran yang tidak berubah bahawa menjadi moden atau malah bertamadun menjadi Barat.
"Hari ini, jurang sedang berkembang antara apa sebut sebagai Utara Global dan Selatan Global.
"Oleh itu, kita perlu mula menerima bahawa Selatan Global kini melihat pelbagai cara untuk memajukan masyarakat mereka - dan bukan hanya yang ditetapkan dan disokong oleh Utara Global. Oleh itu, kita tidak sepatutnya mengambil mudah bahawa pandangan Barat tentang susunan dunia masa depan akan diterima secara universal," katanya.
Anwar berkata ada perasaan tidak sabar yang semakin meningkat dengan bagaimana institusi global gagal untuk mereformasikan diri mereka sendiri.
Beliau berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan institusi Bretton Woods direka selepas Perang Dunia Kedua, mencerminkan dunia yang sudah lama tiada dan bahawa Konsensus Washington secara perlahan-lahan semakin terhakis, jika tidak hilang sama sekali.
"Oleh itu, kita seharusnya tidak terkejut apabila forum seperti BRICS mula mendapat pengiktirafan. Jika satu laluan untuk menegakkan realiti baru terhalang, yang lain akan mengantikannya.
"Tetapi kita seharusnya berhati-hati apabila ini mengambil bentuk mini-lateralisme, kerana ia boleh membawa kepada kesan yang tidak diingini berupa peningkatan kecurigaan daripada merapatkan perbezaan. Oleh itu, penting bagi kita untuk mencari cara untuk meningkatkan institusi multilateral dan perjanjian lain yang bersifat inklusif secara reka bentuk," katanya.
Anwar berkata tiada jawapan yang mudah dan terus kepada keadaan semasa, kerana perkara itu amat kompleks.
"Mereka berakar umbi dalam persoalan yang membimbangkan mengenai tempat yang sewajarnya bagi masyarakat dalam dunia dan dalam sejarah, martabat mereka, dan mata pencarian mereka. Ia membawa kepada soalan asas tentang nilai dan identiti," katanya.
Bagi kebanyakan negara, Anwar berkata tindak balas semula jadi terhadap perubahan ini adalah untuk membina pertahanan mereka dan mengukuhkan rangkaian hubungan strategik mereka.
"Bagi Australia, ini pada dasarnya telah diwujudkan dalam membina keupayaan angkatan laut yang lebih kuat. Kami juga akan merangka haluan baru untuk memperluas hubungan dua hala dalam bidang seperti kecerdasan buatan dan keselamatan siber," katanya.
Pada masa yang sama, Anwar berkata beliau percaya bahawa Malaysia dan Australia mempunyai tanggungjawab untuk berusaha sebaik mungkin untuk menggalakkan Amerika Syarikat, China, dan pemain besar lain dalam Asia Pasifik, untuk bertindak dengan cara yang menyumbang kepada peningkatan kerjasama serantau dan integrasi ekonomi.
"Oleh itu, saya menjemput rakan utama Malaysia, termasuk Australia tentunya, untuk bekerjasama rapat dengan kami dalam membangunkan semula kerjasama dan integrasi serantau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Anwar berkata tindak balas rantau itu terhadap kebangkitan China akan menjadi penentu kritikal, sama ada rantau ini akan dicirikan oleh detente atau perbalahan. - Gambar Bernama
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
PM Anwar percaya persaingan kuasa besar boleh dikurangkan
Anwar berkata beliau tidak boleh menerima 'pandangan fatalistik dunia' bahawa persaingan kuasa besar telah menjadi ciri struktural hal ehwal serantau.