SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura malam ini untuk lawatan kerja dua hari bersempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, pada pukul 10 malam.
Perdana Menteri disambut oleh Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.
Turut hadir Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Anwar berada di sini pada Januari tahun ini untuk lawatan rasmi sulungnya ke Singapura selaku Perdana Menteri dan pada September lepas beliau menyertai dua sesi khas di Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Institut Milken.
Menurut Wisma Putra, Anwar dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong akan membincangkan langkah-langkah ke arah meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala, termasuk inisiatif-inisiatif baharu untuk kelancaran kesalinghubungan dan pergerakan rentas sempadan serta kerjasama dalam tenaga hijau.
Ini adalah pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin dalam kerangka permukiman, katanya.
Kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang keusahawanan dan surat sampingan untuk menambah baik peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Bagi Tabung Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura Ketiga (MSBDF).
Anwar juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Sesi Permukiman Pemimpin - Pemimpin Malaysia-Singapura merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara kedua-dua negara, yang dihoskan secara bergilir-gilir sejak 2007.
Sesi permukiman ini telah tertangguh sejak 2019 kerana pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Perdana Menteri disambut oleh Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon. - Gambar PMO
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Malaysia, Wilayah Zanjan Iran jalin hubungan rapat dalam perdagangan, pelancongan, pendidikan
Komitmen ini ditekankan semasa kunjungan hormat Duta Besar Malaysia ke Iran Khairi Omar ke atas Gabenor Zanjan Seyed Mohsen Sadeghi.
Keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN, antara fokus pertemuan Anwar, Gusmao
Keanggotaan penuh Timor-Leste dalam blok ASEAN menjadi antara fokus perbincangan pertemuan dua hala antara Malaysia dan pemimpin negara itu pada Rabu.
PM New Zealand Luxon adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Ini merupakan lawatan pertama Luxon ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2023.
India ingin eratkan kerjasama dengan Malaysia dalam sektor industri pertahanan
India ingin mengeratkan lagi kerjasama dua hala dengan Malaysia menerusi koloborasi dalam industri pertahanan, kata Pesuruhanjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy.
Anwar tiba di Sadao untuk lawatan kerja sehari
Perdana Menteri disambut rakan sejawatannya Srettha Thavisin.
PM Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura malam ini untuk lawatan kerja dua hari bersempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.
Menteri UK Anne-Marie Trevelyan akan lawat Malaysia
Menteri itu dijadual menyampaikan ucapan mengenai perniagaan dan tindakan iklim pada Bengkel PKS Sidang Tadbir Urus Iklim di Kuala Lumpur pada 6 Sept.
Kerjasama Polis Kelantan-Thailand banteras kegiatan penyeludupan
Polis Kelantan akan terus bekerjasama dan berhubung rapat dengan pihak polis Thailand khususnya dalam usaha mempertingkatkan kawalan sempadan.
PM Anwar bincang hubungan, kerjasama dua hala bersama empat pemimpin ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin ASEAN bagi membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala.
Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - PM Anwar
Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi catatan di Facebook, di sini hari ini.