awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar-Erdogan bakal pengerusikan mesyuarat HLCS di Ankara

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/01/2026
08:30 MYT
PM Anwar-Erdogan bakal pengerusikan mesyuarat HLCS di Ankara
Sazali memberi taklimat kepada media Malaysia mengenai agenda lawatan rasmi PM Anwar ke Türkiye di Ankara.
ANKARA: Lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye dari 6 hingga 8 Januari bakal menyaksikan beliau dan Presiden Recep Tayyip Erdogan mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tertinggi (HLCS).

Ringkasan AI
  • Lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye pada 6 hingga 8 Januari melibatkan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tertinggi (HLCS) bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan.
  • Mesyuarat majlis tersebut akan membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertanian, pertahanan, keselamatan, tenaga, kesihatan, pendidikan, dan pelancongan.
  • Turkiye kekal sebagai rakan ekonomi penting bagi Malaysia dengan dagangan dua hala mencapai RM21.2 bilion pada 2025, dan Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia pada 2024.

Duta Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal berkata, mesyuarat majlis tersebut, yang akan berlangsung pada 7 Januari, adalah satu platform kerjasama Malaysia dan Turkiye yang diuruskan bersama antara Anwar dan Erdogan.
Beliau berkata, perbincangan merangkumi isu-isu berkaitan perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, pertahanan, keselamatan, tenaga, semikonduktor, kesihatan, pelancongan, pendidikan dan pertukaran antara masyarakat serta kerjasama serantau dan antarabangsa.
“Platform ataupun mesyuarat ini akan membincangkan kerjasama strategik di antara kedua-dua negara di dalam pelbagai bidang. Dan di akhir sesi mesyuarat tersebut, satu kenyataan bersama akan dikeluarkan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia di Ankara pada Selasa, sempena lawatan Perdana Menteri ke Ankara dan Istanbul, yang turut diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Dalam pada itu Sazali berkata, lawatan tersebut merupakan kunjungan balas, susulan daripada lawatan rasmi Erdogan ke Malaysia pada Februari 2025.
Katanya Istiadat Sambutan Rasmi dijadual berlangsung pada 7 Januari di Kompleks Presiden di Ankara.
Ia kemudian diikuti dengan pertemuan empat mata antara Anwar dengan Erdogan bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.
Selain itu Sazali berkata, Perdana Menteri turut dijadualkan untuk menerima anugerah The Order of the Republic, khusus untuk ketua-ketua kerajaan yang berjaya mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Wisma Putra dalam kenyataan susulan berkata, kedua-dua pemimpin bakal menyaksikan pertukaran beberapa dokumen utama, termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama dalam Bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi; serta MoU mengenai Kerjasama antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Investment and Finance Office of the Presidency of the Republic of Turkiye.
Selain itu MoU mengenai Kerjasama antara EXIM Bank Malaysia dan Turk Eximbank; Memorandum Persefahaman dan Kerjasama antara Institut Kajian Strategik dan Antaradangsa (ISIS) Malaysia dan Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA); dan Surat Setuju Terima Perolehan Satu Unit Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS).
Untuk rekod, Turkiye terus menjadi rakan ekonomi penting bagi Malaysia dengan jumlah dagangan dua hala dari Januari hingga November 2025, mencecah RM21.2 bilion (USD4.92 bilion) dengan.
Pada tahun 2024, Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar, dan sumber import keempat terbesar di kalangan negara Asia Barat dengan jumlah dagangan bernilai RM24.15 bilion (USD5.28 bilion).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Turkiye
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan