Skip to main content

Dunia

PM baharu UK mansuh cukai bil elektrik bermula Oktober

Newly elected Makerfield MP Andy Burnham of Britain's Labour Party speaks following his victory in the Makerfield by-election, triggered by the resignation of Labour MP John Simons, at the The Edge Wigan in Wigan, Britain, June 19, 2026. REUTERS/Temilade Adelaja
Langkah itu diumumkan Burnham (foto) pada hari kedua pentadbirannya sebagai sebahagian daripada usaha menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat negara berkenaan. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

LONDON: Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), Andy Burnham mengumumkan pemansuhan Cukai Nilai Tambah (VAT) bagi bil elektrik domestik berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Langkah itu diumumkan pada hari kedua pentadbirannya sebagai sebahagian daripada usaha menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat negara berkenaan, lapor The Guardian.

Downing Street dalam satu kenyataan berkata pemansuhan cukai tersebut dijangka mengurangkan had harga tahunan tenaga yang ditetapkan pengawal selia Ofgem kira-kira £45 (kira-kira RM270) setahun.

Menurut Burnham, kos pelaksanaan pemotongan cukai bernilai £850 juta itu akan dibiayai menerusi penjimatan hasil pembatalan program ID Digital yang sebelum ini dianggarkan bernilai £1.8 bilion.

Bagaimanapun, keputusan tersebut mengundang kritikan daripada sekutu bekas Perdana Menteri Keir Starmer, termasuk bekas Setiausaha Utama Perbendaharaan, Darren Jones.

Jones mendakwa program ID Digital berkenaan tidak pernah diperuntukkan bajet khusus dan mempersoalkan sumber kewangan sebenar bagi menampung pemotongan VAT tersebut.

Menurut kerajaan, pemansuhan cukai itu dijangka memberi manfaat kepada jutaan isi rumah, perniagaan kecil dan institusi kebajikan menjelang musim sejuk akan datang.

 

Must Watch Video

Advertisement