awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Finland Sanna Marin umum akan letak jawatan ketua parti

Bernama
Bernama
05/04/2023
13:02 MYT
PM Finland Sanna Marin umum akan letak jawatan ketua parti
Perdana Menteri Finland Sanna Marin pada Rabu mengumumkan akan meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Sosial Demokrat tetapi kekal memegang jawatan itu sehingga konvensyen parti yang dijadual diadakan pada September. - Gambar fail/REUTERS
HELSINKI (Finland): Perdana Menteri Finland Sanna Marin pada Rabu mengumumkan akan meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Sosial Demokrat tetapi kekal memegang jawatan itu sehingga konvensyen parti yang dijadual diadakan pada September.
Pada pilihan raya parlimen pada Ahad, parti pimpinannya sekadar di tempat ketiga di belakang Parti Gabungan Kebangsaan dan parti sayap kanan Finland.
Marin akan mengetuai partinya dalam rundingan mengenai pembentukan kerajaan baharu sebelum meneruskan khidmat sebagai ahli biasa di Parlimen dan kabinetnya akan meletakkan jawatan pada Khamis, katanya pada sidang media, lapor Xinhua .
Pada sidang media itu Marin turut mengesahkan yang beliau tidak bertanding merebut jawatan presiden pada pilihan raya tahun depan.
Marin memegang jawatan perdana menteri pada akhir 2019 berikutan peletakan jawatan Antti Rinne.
Rundingan mengenai pembentukan kerajaan baharu Finland akan dimulakan minggu depan yang diterajui ketua Parti Gabungan Kebangsaan, Petteri Orpo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM finland
#Sanna Marin
#Parti Sosial Demokrat
#letak jawatan ketua parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan