DUNIA
PM Houthi di Yaman maut dalam serangan udara Israel
Perdana Menteri kerajaan Houthi di Yaman, Ahmad Ghaleb al-Rahwi, dilaporkan terbunuh bersama beberapa menteri lain dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Sana'a pada Khamis lalu.
YAMAN: Perdana Menteri kerajaan Houthi di Yaman, Ahmad Ghaleb al-Rahwi, dilaporkan terbunuh bersama beberapa menteri lain dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Sana'a pada Khamis lalu.
Ringkasan AI
Ketua Majlis Politik Tertinggi Houthi, Mahdi al-Mashat, mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan sejumlah individu lain turut cedera dalam serangan berkenaan.
Israel dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan serangan itu menyasarkan ketua turus tentera, menteri pertahanan serta beberapa pegawai kanan kumpulan Houthi, namun hasil operasi tersebut masih dalam proses pengesahan.
Tentera Israel memaklumkan jet pejuangnya mengebom sebuah kompleks di kawasan Sana’a yang menempatkan beberapa pemimpin Houthi, selain menyifatkan serangan itu sebagai kejayaan hasil risikan.
Ahmad Ghaleb al-Rahwi dilantik sebagai perdana menteri hampir setahun lalu, namun dilihat lebih kepada figura simbolik, manakala pentadbiran sebenar dikendalikan timbalannya, Mohamed Moftah.
Difahamkan dlam perkembangan terkini, Moftah ditugaskan untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai perdana menteri.
Untuk rekod, kumpulan Houthi yang disokong Iran sebelum ini melancarkan serangan ke atas kapal di Laut Merah sebagai tanda solidariti terhadap penindasan akat Palestin.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Perdana Menteri kerajaan Houthi, Ahmad Ghaleb al-Rahwi, terbunuh bersama beberapa menteri dalam serangan udara Israel di Sanaa.
- Israel mendakwa serangan menyasarkan pemimpin kanan Houthi termasuk ketua turus tentera dan menteri pertahanan.
- Mohamed Moftah kini mengambil alih tugas sebagai perdana menteri selepas kematian Ahmad Ghaleb al-Rahwi.