[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

PM Iraq Al-Khadimi terselamat dalam serangan dron

Bernama 07/11/2021 | 02:40 MYT
Al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan "baik" dan meminta semua "bertenang demi untuk Iraq." - Foto REUTERS
BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Sebuah dron cuba menyasarkan kediaman di Zon Hijau di Baghdad dan perdana menteri tidak cedera," menurut kenyataan pejabat perdana menteri.
Sejurus selepas serangan itu, al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan "baik" dan meminta semua "bertenang demi untuk Iraq."
Sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri Iraq #serangan dron #Mustafa al-Kadhim #Baghdad