PM Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Kompleks Presiden, Ankara

Bernama
Julai 7, 2022 10:46 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan memeriksa barisan kawalan kehormat Tentera Turki pada Majlis Sambutan Rasmi bersempena dengan lawatan rasmi empat hari beliau. - Foto BERNAMA
ANKARA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis diberikan sambutan rasmi di Kompleks Presiden di sini.
Ketibaan beliau disambut oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Perdana Menteri berada di republik itu untuk mengadakan lawatan rasmi selama empat hari atas undangan Erdogan.
Sejurus Ismail Sabri tiba di kompleks itu, lagu kebangsaan Malaysia 'Negaraku' dan lagu kebangsaan Turkiye dimainkan, sebelum beliau diiringi Erdogan memeriksa barisan kawalan kehormat.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #Ankara #Turkiye #Recep Tayyip Erdogan