PM Israel didakwa atas tuduhan rasuah, pecah amanah

Agensi
November 21, 2019 16:48 MYT
Netanyahu dijangka akan membuat kenyataan rasmi mengenai dakwaan itu Jumaat ini. - Gambar fail/REUTERS
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah didakwa atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan penipuan.
Pendakwaan berkenaan dibuat peguam negara Israel, Avichai Mandelblit melalui satu pengumuman pada Khamis.
Bagaimanapun, Netanyahu yang menafikan salah laku dalam tiga kes rasuah tersebut, tidak mempunyai tekanan undang-undang untuk melepaskan jawatan selepas dituduh.
Netanyahu dijangka akan membuat kenyataan rasmi mengenai dakwaan itu Jumaat ini.
#Avichai Mandelblit #Benjamin Netanyahu #peguam negara Israel #Perdana Menteri Israel