PM Itali isytihar darurat di kawasan gempa

Agensi
Ogos 27, 2016 00:55 MYT
Usaha menyelamat diteruskan namun gegaran susulan dengan magnitud 4.7 merencatkan perjalanan operasi. - Foto REUTERS
Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi mengisytihar darurat di kawasan paling teruk terjejas dengan gempa yang melanda negara itu, Rabu lalu.
Pengumuman dibuat ketika harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan, semakin pudar.
Renzi turut mengumumkan dana bagi pembangunan semula bandar-bandar musnah akibat gempa bernilai hampir USD60 juta (RM242.2 juta).
Beliau turut mengumumkan pengecualian cukai bagi penduduk bandar terjejas.
Selain itu, Renzi mengumumkan inisiatif 'Italian homes' bagi menangani kritikan pembinaan bangunan yang kurang bermutu.
Dalam kejadian tersebut, satu gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud telah melanda bahagian tengah Itali, mengakibatkan kemusnahan bangunan dan bekalan kuasa terputus sekitar Rieti.
Sehingga kini sejumlah 281 orang disahkan maut dengan 400 lagi cedera.
Usaha menyelamat diteruskan namun gegaran susulan dengan magnitud 4.7 merencatkan perjalanan operasi.
#darurat #gempa bumi #Matteo Renzi #Perdana Menteri Itali #PM Itali