PM Jepun Kishida disahkan positif COVID-19

Bernama
Ogos 21, 2022 11:14 MYT
Kishida mengalami gejala seperti demam dan batuk pada petang Sabtu,
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida disahkan positif COVID-19 pada Ahad, umum kerajaan.
Menurut Sekretariat Kabinet, Kishida mengalami gejala seperti demam dan batuk pada petang Sabtu, lapor Xinhua.
Beliau sepatutnya kembali bertugas pada Isnin selepas bercuti bersama keluarganya selama seminggu sempena cuti musim panas.
Bagaimanapun, Kishida semakin pulih dan berada di kediaman rasminya. Beliau boleh meneruskan tugasnya seperti biasa tetapi membatalkan lawatannya ke Tunisia pada hujung minggu depan, lapor NHK.
-- BERNAMA
#Fumio Kishida #COVID-19 #Perdana Menteri Jepun #demam dan batuk