TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida telah membuat keputusan untuk memecat Menteri Kehakiman Yasuhiro Hanashi berhubung kenyataannya mengenai tugas berkaitan menandatangani hukuman mati, lapor Sputnik.
Laporan Kyodo pada Jumaat yang memetik sumber dalam kerajaan berkata Hanashi yang memegang jawatan sebagai menteri kehakiman pada Ogos, memberitahu perhimpunan politik pada Rabu bahawa jawatan yang disandangnya itu "tidak penting" dan hanya menjadi tajuk utama akhbar sekiranya beliau menandatangani keputusan untuk menggantung banduan. Hanashi masih belum membenarkan sebarang hukuman mati
Menteri itu menarik balik kenyataan kontroversinya pada mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Khamis. Namun, ramai wakil parti pembangkang sudah menyatakan hasrat mereka untuk mendesak beliau meletak jawatan.
Awal minggu ini, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno mengadakan pertemuan dengan Hanashi dan memberi amaran kepadanya terhadap kenyataan cuainya itu dan menggesa beliau supaya "lebih bertanggungjawab ketika bercakap."
Hanashi akan menjadi tokoh kanan kedua dalam kerajaan Jepun yang meletak jawatan sejak beberapa minggu lalu, dengan Daishiro Yamagiwa meletak jawatan sebagai Menteri Pemulihan Ekonomi pada akhir Oktober berikutan hubungannya dengan Unification Church, yang telah menjadi tumpuan berikutan pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.
Peletakan jawatan seorang lagi menteri dalam kabinet Kishida boleh menjejaskan sokongan penduduk terhadapnya, dengan penarafan kelulusannya sudah merosot kepada 30-35 peratus dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (foto) telah membuat keputusan untuk memecat Menteri Kehakiman Yasuhiro Hanashi berhubung kenyataannya mengenai tugas berkaitan menandatangani hukuman mati. - Gambar fail/AP
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
PM Anwar, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida di Seri Perdana.
PM Jepun Fumio Kishida adakan lawatan kerja 2 hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada 4-5 Nov.
Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China.
Suspek serangan letupan ke atas PM Jepun Kishida didakwa
Seorang lelaki didakwa atas serangan menggunakan bahan letupan yang menyasarkan Perdana Menteri Fumio Kishida semasa acara pilihan raya di barat Jepun pada April.
Perdana Menteri Jepun akan lawat loji kuasa nuklear Fukushima sebelum keputusan pelepasan air
Kishida juga berkata beliau merancang untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pekerja pengendali RFN, Tokyo Electric Power Company (TEPCO).
PM Jepun Fumio Kishida terselamat insiden letupan bom asap, suspek ditahan
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melempar objek menyerupai suar dengan asap dilemparkan ke arah perdana menteri.
Kishida mengaku perbelanjaan kempennya tidak lengkap, nafi rombakan kabinet
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengakui mengemukakan laporan yang tidak lengkap mengenai perbelanjaan kempennya semasa pilihan raya umum tahun lepas.
PM Jepun pecat Menteri Kehakiman berhubung ulasan kontroversi - Laporan
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida telah membuat keputusan untuk memecat Menteri Kehakiman Yasuhiro Hanashi berhubung kenyataannya mengenai tugas berkaitan menandatangani hukuman mati.
PBB perlu pembaharuan untuk kembalikan kredibilitinya - PM Jepun
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu membuat pembaharuan dan memperkukuhkan fungsinya untuk mengembalikan kredibilitinya.
Jepun akan laksana langkah-langkah tangani inflasi
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata langkah-langkah baharu untuk mengurangkan inflasi akan menjadi keutamaan bagi kabinet baharunya.