DUNIA

PM Jepun Sanae Takaichi umum bubar Parlimen Jumaat ini, pilihan raya 8 Feb

Astro Awani 19/01/2026 | 10:40 MYT
Sanae Takaichi umum pembubaran Parlimen pada Jumaat dan pilihan raya umum pada 8 Februari bagi memperoleh mandat baharu untuk perbelanjaan negara dan strategi keselamatan. -Gambar fail/Reuters
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengumumkan pembubaran Parlimen pada Jumaat ini sebelum pilihan raya umum diadakan pada 8 Februari, dalam usaha mendapatkan mandat baharu bagi melaksanakan agenda perbelanjaan negara serta strategi keselamatan yang dipertingkatkan.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, umum pembubaran Parlimen dan anjur pilihan raya umum pada 8 Februari bagi memperoleh mandat baharu untuk perbelanjaan negara dan strategi keselamatan.
  • Pilihan raya awal dianggap penting untuk menjamin kestabilan politik, mempercepat kelulusan rangsangan fiskal, dan memperkuat dasar keselamatan negara, serta membolehkan rakyat menentukan hala tuju pemerintahan.
  • Cadangan Takaichi untuk menggantung cukai makanan selama dua tahun bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, disambut dengan kebimbangan pembangkang mengenai kelulusan belanjawan, sementara isu kos sara hidup menjadi fokus utama dalam kempen pilihan raya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Pengumuman itu dibuat tiga bulan selepas beliau mencatat sejarah sebagai perdana menteri wanita pertama Jepun.

Takaichi berkata pilihan raya awal penting bagi memastikan kestabilan politik, memudahkan kelulusan rangsangan fiskal dan memperkukuh pelaksanaan dasar keselamatan negara.

Beliau menegaskan bahawa rakyat perlu membuat penentuan langsung mengenai kepimpinannya serta hala tuju kerajaan dalam fasa ekonomi dan geopolitik semasa.

Pilihan raya itu akan melibatkan kesemua 465 kerusi Dewan Perwakilan, sekali gus menjadi ujian pertama kepemimpinan Takaichi sejak memegang jawatan pada Oktober lalu.

Beliau berharap prestasi tinggi sokongan awam ketika ini dapat mengukuhkan kedudukan Parti Liberal Demokratik (LDP) serta mengatasi majoriti tipis gabungan pemerintah.

Kerajaan Jepun sebelum ini meluluskan belanjawan rekod 122.3 trilion yen bagi tahun fiskal 2026 yang merangkumi peningkatan perbelanjaan pertahanan dan insentif ekonomi untuk menangani inflasi.

Namun pembangkang menegaskan tindakan mengejut membubarkan Parlimen boleh melewatkan kelulusan bajet tersebut serta mengorbankan kebajikan rakyat.

Dalam sidang media di Tokyo, Takaichi turut mengumumkan cadangan menggantung cukai penggunaan 8 peratus ke atas makanan selama dua tahun untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Kerajaan menjangkakan langkah itu akan mengurangkan hasil negara sekitar 5 trilion yen setahun, namun menyatakan keyakinan bahawa ia mampu merangsang perbelanjaan domestik.

Tinjauan NHK menunjukkan 45 peratus rakyat Jepun meletakkan kos sara hidup sebagai kebimbangan utama, diikuti isu diplomasi dan keselamatan (16 peratus) – menjadikannya faktor penting sepanjang kempen pilihan raya.

Dalam masa yang sama, strategi keselamatan baharu Jepun dijangka memperkukuh kemampuan pertahanan negara berikutan ketegangan geopolitik serantau, termasuk hubungan tegang dengan China susulan pendirian Takaichi berhubung isu Taiwan pada November lalu.

Pembangkang utama, termasuk Constitutional Democratic Party of Japan (CDP) dan Komeito yang kini membentuk pakatan baharu, mengecam keputusan pembubaran tersebut atas alasan ia mendahulukan kepentingan politik berbanding keperluan mendesak rakyat dalam menangani inflasi serta isu kos sara hidup.

Mereka juga mendakwa pilihan raya mengejut itu berisiko mewujudkan kekosongan politik semasa perbahasan bajet penting.

Pemerhati politik menilai langkah itu sebagai usaha Takaichi memanfaatkan populariti tinggi untuk mengukuhkan kuasa politik sebelum memasuki musim perbahasan bajet yang dijangka mencabar.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengumumkan pembubaran Parlimen?
    A: Takaichi mengumumkan pembubaran Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum pada 8 Februari bagi mendapatkan mandat baru dalam melaksanakan agenda perbelanjaan negara serta strategi keselamatan yang dipertingkatkan.
  • Q: Mengapakah Takaichi menyatakan perlunya pilihan raya awal?
    A: Takaichi menyatakan bahawa pilihan raya awal penting bagi memastikan kestabilan politik, memudahkan kelulusan rangsangan fiskal, dan memperkukuh pelaksanaan dasar keselamatan negara.
  • Q: Apakah cadangan yang diumumkan oleh Takaichi mengenai cukai penggunaan makanan?
    A: Takaichi mengumumkan cadangan menggantung cukai penggunaan 8 peratus ke atas makanan selama dua tahun untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Q: Apakah pandangan pembangkang terhadap keputusan pembubaran Parlimen?
    A: Pembangkang, termasuk Constitutional Democratic Party of Japan (CDP) dan Komeito, mengecam keputusan pembubaran Parlimen atas alasan mendahulukan kepentingan politik berbanding keperluan rakyat dalam menangani inflasi serta isu kos sara hidup.
  • Q: Apakah faktor yang menjadi kebimbangan utama rakyat Jepun menjelang pilihan raya?
    A: Tinjauan NHK menunjukkan 45 peratus rakyat Jepun meletakkan kos sara hidup sebagai kebimbangan utama, diikuti isu diplomasi dan keselamatan, menjadikannya faktor penting sepanjang kempen pilihan raya.



#Sanae Takaichi #pilihan raya umum #bubar parlimen #Dewan Perwakilan