awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun sifatkan keputusan tarif Trump sebagai "amat dukacita"

Bernama
Bernama
08/07/2025
04:35 MYT
PM Jepun sifatkan keputusan tarif Trump sebagai "amat dukacita"
Ishiba berkata, kerajaan Jepun akan terus berunding dengan Amerika Syarikat bagi meneroka kemungkinan mencapai perjanjian yang saling menguntungkan, sambil tetap mempertahankan kepentingan nasional. - Gambar fail Reuters
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba pada Selasa menyifatkan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas Jepun sebagai "amat dukacita," namun menegaskan, rundingan dua hala akan diteruskan ke arah mencapai perjanjian yang saling menguntungkan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Walaupun langkah itu telah dimaklumkan kepada Jepun menerusi sepucuk surat rasmi, Ishiba berkata, kadar tarif itu adalah lebih rendah daripada ancaman awal Trump dan ini membuka ruang kepada rundingan dua hala yang lebih konstruktif.
Bercakap dalam mesyuarat Pasukan Petugas Tarif, Ishiba menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dalam mempertahankan kepentingan negara menerusi rundingan akan datang, sambil berjanji untuk mengambil segala langkah bagi mengurangkan kesan tarif terhadap ekonomi Jepun yang bergantung kepada eksport.
"Kami akan terus berunding dengan Amerika Syarikat bagi meneroka kemungkinan mencapai perjanjian yang saling menguntungkan, sambil tetap mempertahankan kepentingan nasional kami," katanya.
Rundingan dua hala mengenai tarif, termasuk sidang kemuncak secara bersemuka, setakat ini masih belum menunjukkan kemajuan ketara.
Trump menggunakan mekanisme tarif bagi menangani apa yang dilihatnya sebagai ketidakseimbangan perdagangan dan tarif 25 peratus terhadap kereta import dilihat amat memberi kesan kepada Jepun yang bergantung kepada syarikat seperti Toyota Motor Corp. dan Honda Motor Co.
"Malangnya, kita masih belum mencapai kata sepakat kerana wujud perbezaan antara kedua-dua pihak. Jepun tidak membuat sebarang konsesi mudah dan tetap bertegas mempertahankan apa yang perlu," kata Ishiba.
Trump sebelum ini mengugut untuk mengenakan tarif sehingga 30 atau 35 peratus, menjelang berakhirnya penangguhan tiga bulan ke atas tarif balas pada Rabu ini.
Ishiba turut menggesa Amerika Syarikat agar memberi tumpuan kepada kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara yang telah lama menjadi sekutu dan tidak menggunakan tarif sebagai alat untuk menyelesaikan defisit perdagangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#PM Jepun dukacita
#Shigeru Ishiba
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan