DUNIA
PM Jepun Takaichi bubar Dewan Perwakilan bagi pilihan raya 8 Februari
Pada pagi Jumaat, Kabinet Takaichi meluluskan usul untuk membubarkan sidang yang menempatkan 465 kerusi. - AP
TOKYO: Perdana Menteri Sanae Takaichi membubarkan Dewan Perwakilan Jepun pada Jumaat untuk pilihan raya umum mengejut pada 8 Feb ini.
Ia bagi memperoleh mandat daripada orang awam untuk meneruskan agenda dasar ekonomi dan keselamatannya dengan rakan gabungan baharu, lapor Kyodo News.
Pembubaran dewan perwakilan pada pembukaan sidang parlimen sekali gus memulakan tempoh kempen singkat untuk pilihan raya, dengan kem pemerintah dan pembangkang kedua-duanya mengetengahkan idea untuk mengecualikan cukai penggunaan ke atas makanan bagi meringankan beban isi rumah yang dilanda inflasi.
Pada pagi Jumaat, Kabinet Takaichi meluluskan usul untuk membubarkan sidang yang menempatkan 465 kerusi. Walaupun perdana menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan dewan perwakilan ia merupakan pembubaran pertama pada permulaan sidang biasa dalam tempoh 60 tahun.
Dengan penggal wakil rakyat dijadualkan tamat pada 2028, Takaichi mewajarkan keputusannya untuk mengadakan pilihan raya dengan alasan beliau masih belum menerima sokongan awam untuk jawatan perdana menteri yang bermula pada Oktober dan gabungan pemerintah baharu Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Inovasi Jepun ditubuhkan pada bulan yang sama.
Pilihan raya itu juga bakal menyaksikan calon bertanding bagi blok pembangkang baharu, Perikatan Pembaharuan Sederhana yang dilancarkan oleh Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun dan parti Komeito, bekas rakan gabungan LDP selama 26 tahun.
Pakatan pemerintah mempertimbangkan penggantungan cukai penggunaan ke atas makanan manakala pakatan pembangkang mencadangkan untuk menghapuskannya.
Bagaimanapun usaha mendapatkan sumber kewangan alternatif dijangka meraih perhatian semasa kempen, di tengah-tengah kenaikan harga yang berlanjutan.
Isu politik dan wang, berikutan skandal dana haram yang melanda LDP sejak beberapa tahun kebelakangan ini serta perkara berkaitan penduduk asing dan pelancong juga mungkin diketengahkan dalam debat pilihan raya.
Walaupun Kabinet Takaichi menikmati rating sokongan yang tinggi, blok pemerintah hanya memegang majoriti tipis di dewan perwakilan dan kekal sebagai minoriti dalam dewan kaunselor sekali gus memerlukannya untuk bekerjasama dengan parti pembangkang dalam meluluskan rang undang-undang.
Keputusan Takaichi awal minggu ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya hanya 16 hari selepas pembubaran dewan perwakilan, selang paling singkat dalam era selepas perang, telah dikritik kerana meninggalkan sedikit masa untuk pengundi menilai cadangan dasar parti yang bertanding.
Parti pembangkang turut membidas Takaichi kerana mengumumkan pilihan raya sebelum penggubalan belanjawan permulaan parlimen untuk fiskal 2026 mulai April, menuduh beliau mengutamakan pertimbangan politik.
Pilihan raya dewan perwakilan sebelum ini diadakan pada Oktober 2024.
-- BERNAMA