DUNIA
PM Jepun Takaichi bubar Dewan Rendah pada Jumaat ini, pilihan raya umum 8 Feb
Sanae Takaichi turut menegaskan sasarannya untuk memastikan blok pemerintah memperoleh kemenangan majoriti dalam pilihan raya tersebut. - AP
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi mengumumkan rancangan untuk membubarkan Dewan Perwakilan pada Jumaat ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum awal pada 8 Feb, lapor Kyodo News. Langkah itu bertujuan mengukuhkan asas pentadbiran kerajaannya, dengan tempoh berkempen rasmi dijadualkan bermula pada 27 Jan.
Dalam sidang media pada Isnin, Takaichi menyatakan kesediaan untuk mempertaruhkan jawatannya bagi mendapatkan mandat rakyat. Beliau mahu pengundi menentukan sama ada beliau harus kekal menerajui negara menerusi pembubaran dewan rendah yang dijadualkan pada hari pembukaan sesi tahunan parlimen bagi tahun ini.
Beliau turut menegaskan sasarannya untuk memastikan blok pemerintah memperoleh kemenangan majoriti dalam pilihan raya tersebut.
Pilihan raya itu akan menjadi yang pertama sejak Takaichi menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun pada 21 Okt, serta sejak Parti Demokratik Liberal (LDP) menandatangani perjanjian gabungan dengan Parti Inovasi Jepun sehari sebelumnya.
Dalam pilihan raya itu, Takaichi berharap dapat memanfaatkan kadar sokongan tinggi terhadap Kabinetnya bagi mendapatkan mandat rakyat terhadap apa yang disifatkannya sebagai dasar fiskal "bertanggungjawab namun agresif" serta kerangka baharu gabungan pemerintah.
Pilihan raya awal itu dijadualkan diadakan kurang satu setengah tahun selepas pilihan raya Dewan Rendah sebelum ini pada Oktober 2024.
Di bawah Perlembagaan Jepun, ahli Dewan Rendah berkhidmat selama empat tahun kecuali jika dewan itu dibubarkan lebih awal.
Minggu lalu, Takaichi memaklumkan kepada anggota kanan parti pemerintah mengenai rancangannya untuk membubarkan Dewan Rendah "pada peringkat awal" selepas sidang Diet tetap selama 150 hari bersidang mulai Jumaat depan.
Kerajaan Takaichi berdepan kesukaran dalam pengurusan parlimen apabila blok pimpinan LDP hanya memiliki majoriti tipis di Dewan Rendah dan kekal sebagai minoriti di Dewan Penasihat, sekali gus memerlukan kerjasama parti pembangkang bagi meluluskan rang undang-undang.
Bagi menyaingi kem pemerintah, Parti Demokratik Perlembagaan Jepun dan Parti Komeito iaitu bekas sekutu lama LDP, bersetuju pada Khamis untuk membentuk Pakatan Reformasi Tengah, yang bakal menjadi kuasa pembangkang terbesar dalam pilihan raya akan datang.
Parti pembangkang mengkritik rancangan Takaichi untuk mengadakan pilihan raya awal, dengan menyatakan beliau mengutamakan pertimbangan politik berbanding kelulusan parlimen terhadap belanjawan awal bagi tahun fiskal 2026 yang bermula pada April, walaupun Takaichi berikrar untuk mengutamakan pelaksanaan dasar.
-- BERNAMA