awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azizulhasni raih emas acara pecut elit siri trek ASEAN
Pelabuhan Tanjung Pelepas pecah rekod kendali 14 juta TEU pada 2025
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 8 hingga 14 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun umum bubar Parlimen minggu hadapan, PRU 31 Oktober

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2021
00:00 MYT
PM Jepun umum bubar Parlimen minggu hadapan, PRU 31 Oktober
Kishida berkata beliau akan membubarkan Parlimen minggu depan bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada 31 Oktober ini. -Gambar fail/AP
TOKYO: Perdana Menteri Jepun baharu, Fumio Kishida berkata beliau akan membubarkan Parlimen minggu depan bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada 31 Oktober ini.
Kishida berusaha mendapatkan mandat baharu bagi membolehkannya mengawal pandemik COVID-19, mencergaskan ekonomi negara dan menangani ancaman daripada China serta Korea Utara.
Dalam ucapannya yang pertama selepas dipilih, Kishida berkata tawaran Kabinet di bawahnya akan beri keutamaan kepada soal memerangi COVID-19 dan kesannya kepada ekonomi negara.
"Pertama sekali, saya akan lakukan segala yang termampu bagi mengawal penularan COVID-19 dan ini merupakan tumpuan utama saya.
"Kami harus menjelaskan dengan terperinci keadaan sebenar kepada rakyat supaya mereka faham segala tindakan kita dan kami harus sentiasa bersedia untuk lakukan apa sahaja bagi menangangi apa jua keadaan yang dihadapi," katanya.
Selepas dilantik, beliau segera mengumumkan senarai barisan Kabinetnya.
Antara lain, beliau yang juga pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun membentuk Kabinet yang kebanyakkan muka-muka baharu dari pentadbiran sebelumnya.
BACA: PM Jepun Fumio Kishida umum barisan Kabinet baharu
Kishida melantik 13 muka baharu ke jawatan menteri, termasuk Menteri Ekonomi dan Dasar Fiskal, Daishiro Yamagiwa dan Takayuki Kobayashi, yang akan mengambil jawatan baru untuk keamanan ekonomi dengan tanggungjawab merangka strategi nasional.
Menteri Luar dan Menteri Pertahanan masih kekal disandang oleh Toshimitsu Motegi dan Nobuo Kishi demi meneruskan hubungan bilateral erat antara negara matahari terbit itu bersama Amerika Syarikat.
Terdapat tiga wanita di kabinet baharu itu, iaitu Menteri Vaksinasi, Noriko Horiuchi; Menteri Reformasi Pentadbiran, Karen Makishima, dan Seiko Noda, menteri yang bertanggungjawab terhadap kesetaraan gender dan mewujudkan agensi baru untuk dasar anak-anak.
Kishida, bekas Menteri Luar, menjadi Perdana Menteri Jepun menggantikan Yoshihide Suga yang letak jawatan bulan lalu, di tengah-tengah kritikan terhadap tindak balas beliau dalam mengendalikan pandemik.
BACA: Kabinet PM Jepun Suga letak jawatan
BACA: PM Jepun Yoshihide Suga bakal letak jawatan
Topic Berkaitan
#Jepun
#kabinet
#pilihan raya
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan