OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terpaksa diiringi polis ke tempat selamat selepas beliau diserbu penunjuk perasaan pro-Palestin yang berkumpul di luar sebuah restoran di Vancouver, menurut pihak berkuasa Rabu.

Kumpulan terdiri daripada 250 peserta protes itu turut mengibarkan bendera dan melaungkan slogan menggesa pelaksanaan senjata ketika mengerumuni premis di daerah Chinatown di bandar tersebut ketika kejadian pada Selasa.

"Kira-kira 100 anggota polis melindungi keselamatan Trudeau dan cuba menyuraikan penunjuk perasaan berkenaan setelah sebahagian daripada mereka mengejek serta menggesa pemimpin itu meletak jawatan," kata jurucakap pihak berkuasa.

Dua individu turut ditahan termasuk seorang yang bertindak ganas menumbuk muka anggota polis.

Sementara itu, Sarjan Steve Addison di Vancouver menyifatkan tindakan luar kawalan kumpulan protes itu mencetuskan kebimbangan.

Rakaman video yang menjadi tular menunjukkan beberapa penunjuk perasaan menyerbu masuk restoran milik cef selebriti, Vikram Vij dan mendesak Trudeau supaya menggesa pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika beliau berkunjung ke sebuah lagi premis di bandar tersebut.

Sebelum kedua-dua insiden itu berlaku, Trudeau telah menyatakan pendirian tegas beliau yang menggesa pembunuhan ke atas bayi, kanak-kanak dan wanita perlu dihentikan segera yang turut mendapat respons negatif daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Agensi

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian