awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kanada terkejut dengar kematian Alexei Navalny

Agensi
Agensi
17/02/2024
00:30 MYT
PM Kanada terkejut dengar kematian Alexei Navalny
Justin Trudeau memaklumkan, beliau sangat tergamam sebaik mendengar berita kematian pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny pada Jumaat. - Gambar fail AP
PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau memaklumkan, beliau sangat tergamam sebaik mendengar berita kematian pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny pada Jumaat.
Menurut Trudeau, Navalny disifatkan sebagai seorang individu yang gigih memperjuangkan erti kebebasan sebenar untuk rakyat Rusia.
“Beliau adalah seorang pejuang yang begitu gigih untuk demokrasi, untuk kebebasan rakyat Rusia, ini benar-benar menunjukkan sejauh mana (Vladimir) Putin akan menindas siapa pun yang berjuang untuk kebebasan, untuk rakyat Rusia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara radio CBC News di Winnipeg pada Jumaat.
Dalam pada itu, Trudeau menyifatkan kejadian ini sebagai satu tragedi yang mengingatkan karakter sebenar Putin yang juga Presiden Rusia.
"Tidak diragukan lagi bahawa Alexey Navalny meninggal kerana dia memberontak terhadap Putin, dia berdiri menentang Kremlin.
"Dia berjuang untuk kebebasan dan demokrasi serta hak rakyat Rusia untuk memilih masa depan mereka dan itulah sesuatu yang sangat ditakuti oleh Putin," kata Perdana Menteri Kanada itu lagi.
Sementara itu, beliau memberitahu Kanada dan negara-negara Barat perlu berdiri bersama dan terus menentang Putin.
Alexey Navalny meninggal dunia pada usia 47 tahun ketika berada dalam tahanan dan sedang menjalani hukuman penjara 19 tahun penjara atas tuduhan ekstremisme. - CNN
Topic Berkaitan
#Alexei Navalny
#kematian Alexei Navalny
#Justin Trudeau
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan