DUNIA
PM Korea Selatan cadang AS hantar utusan khas ke Korea Utara
Kim Min-seok mempunyai buah fikirannya sendiri mengenai calon utusan khas "paling sesuai" sekiranya Seoul berada dalam kedudukan untuk memberikan cadangan. - AP
WASHINGTON: Perdana Menteri Korea Selatan Kim Min-seok pada Jumaat mencadangkan agar Amerika Syarikat (AS) menghantar utusan khas ke Korea Utara sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki hubungan antara Washington dan Pyongyang semasa perbincangannya dengan Naib Presiden AS JD Vance.
Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa Kim mengemukakan idea itu dalam pertemuan selama 50 minit di Rumah Putih, selepas Vance meminta pandangannya mengenai diplomasi dengan pemerintahan Korea Utara, di tengah-tengah spekulasi bahawa Presiden AS Donald Trump mungkin berusaha mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un semasa lawatannya ke China pada April.
Kedua-dua pihak turut membincangkan siasatan berterusan Korea Selatan terhadap Coupang Inc., sebuah syarikat yang disenaraikan di AS, berhubung kebocoran besar data pelanggan, di tengah-tengah kebimbangan bahawa isu itu boleh berlarutan menjadi isu perdagangan. Vance meminta Seoul memastikan perkara itu tidak menimbulkan "salah faham" antara kedua-dua kerajaan, menurut Kim.
"Pertama sekali, saya menyatakan kepada Vance bahawa secara realitinya, hanya Trump mempunyai keazaman dan keupayaan untuk memperbaiki hubungan dengan Korea Utara," katanya.
"Kedua, saya menyatakan bahawa menghantar seorang utusan khas ke Korea Utara, siapa pun individu itu boleh menjadi pendekatan untuk menyatakan hasrat meningkatkan hubungan dengan pihak Korea Utara," tambahnya.
Kim berkata beliau mempunyai buah fikirannya sendiri mengenai calon utusan khas "paling sesuai" sekiranya Seoul berada dalam kedudukan untuk memberikan cadangan.
Namun beliau enggan mengulas lanjut, sambil menarik perhatian bahawa pada awal 1990-an, kerajaan Korea Selatan ketika itu telah mencadangkan agar AS menghantar bekas Presiden Jimmy Carter ke Pyongyang sebagai utusan khas bagi membantu menangani isu nuklear Korea Utara.
Trump berulang kali menyuarakan hasratnya untuk menyambung semula dialog dengan Kim, namun masih tidak pasti sama ada pemimpin Korea Utara itu akan menerima tawaran dialog Washington pada ketika Pyongyang meningkatkan kerjasama dengan Moscow dan Beijing.
-- BERNAMA