DUNIA
PM Modi berbincang dengan Presiden Putin mengenai Ukraine, hubungan dua hala
Presiden Rusia, Vladimir Putin (kanan) berjabat tangan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi, pada Jumaat memaklumkan, beliau mengadakan perbualan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, membincangkan isu Ukraine serta langkah memperkukuh hubungan dua hala.
Perbualan itu berlangsung ketika Modi, pemimpin negara paling ramai penduduk di dunia dan ekonomi kelima terbesar global, berdepan keputusan sukar berhubung pembelian minyak Rusia.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi tempoh tiga minggu kepada India - salah satu pengimport minyak mentah terbesar dunia - untuk mencari pembekal alternatif atau berdepan tarif import baharu sebanyak 50 peratus, meningkat daripada kadar semasa 25 peratus.
“Perbualan saya dengan sahabat saya, Presiden Putin, sangat baik dan terperinci. Saya berterima kasih kerana beliau berkongsi perkembangan terkini mengenai Ukraine,” kata Modi menerusi media sosial.
“Saya menantikan kunjungan Presiden Putin ke India akhir tahun ini.”
Pembelian minyak Rusia telah menjimatkan berbilion dolar kos import India, sekali gus membantu mengekalkan kestabilan harga bahan api domestik.
Namun, kelebihan itu kini terancam susulan tindakan tarif oleh Trump.
Hasil jualan minyak menjadi sumber kewangan utama Moscow dalam meneruskan perang di Ukraine.
Rusia turut menjadi antara pembekal senjata utama India, dengan hubungan erat kedua-dua negara terjalin sejak era Kesatuan Soviet. Kali terakhir Putin melawat India ialah pada Disember 2021.
Kremlin mengecam gesaan untuk “memaksa negara memutuskan hubungan dagangan” dengan Rusia sebagai langkah “tidak sah”, tanpa menyebut nama Trump secara langsung.
Putin turut bertemu Penasihat Keselamatan Negara India, Ajit Doval, di Moscow pada Khamis, namun butiran perbincangan tidak didedahkan.
Sekutu Barat, Ukraine berusaha menyekat pendapatan eksport Rusia sejak Moscow melancarkan serangan ketenteraan pada Februari 2022.
Namun, Rusia berjaya mengalihkan penjualan tenaga dari Eropah ke negara lain termasuk India dan China.
India mempertahankan peningkatan import minyak dari Rusia dengan alasan bekalan tradisional telah dialihkan ke Eropah selepas konflik bermula.
Kremlin memaklumkan, satu sidang kemuncak mengenai Ukraine antara Trump dan Putin akan diadakan dalam beberapa hari lagi, namun tarikh dan lokasi belum diumumkan.
Dalam perbualannya dengan Putin, Modi mengulangi pendirian konsisten India untuk mencari “penyelesaian aman bagi konflik Ukraine”, menurut kenyataan kerajaan.
Modi kini berdepan implikasi politik dan ekonomi besar di dalam dan luar negara susulan langkah tarif Washington, namun, beliau belum mengulas secara langsung mengenai Trump.
Sebaliknya, pada Khamis beliau menegaskan, “India tidak akan berkompromi” terhadap kepentingan petani negara itu.
Sektor pertanian yang menggaji ramai rakyat India telah menjadi isu utama dalam rundingan dagangan dengan Amerika Syarikat.
India sebelum ini berharap mendapat layanan tarif istimewa selepas Trump pada Februari lalu menyatakan beliau memiliki “ikatan istimewa” dengan Modi.
Beberapa pentadbiran AS melihat India sebagai rakan strategik penting yang berkongsi kepentingan sama dalam berdepan pengaruh China. India dan China, dua jiran Asia, lama bersaing untuk mendapatkan pengaruh di seluruh Asia Selatan. - Agensi