INTERNATIONAL
PM Mohammad Mustafa gesa duta Palestin pergiat usaha tangani pencerobohan Israel

Mohammad Mustafa turut menekankan peranan penting usaha diplomatik dalam mengukuhkan sokongan serta solidariti terhadap perjuangan Palestin di seluruh Amerika Latin. - Reuters
RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa mengarahkan duta Palestin di negara-negara Amerika Latin dan Caribbean supaya meningkatkan libat urus mereka dengan kerajaan, parlimen dan organisasi masyarakat sivil di rantau itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Mustafa, yang juga Menteri Luar dan Ekspatriat berkata langkah itu bertujuan menghentikan pencerobohan dan genosid oleh pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, serta pelanggaran gencatan senjata oleh Israel, sambil mengumpulkan lebih banyak sokongan antarabangsa untuk hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan.
Beliau menyatakannya semasa mengulas perkembangan politik terkini dan usaha antarabangsa yang dilakukan oleh kerajaan Palestin semasa mesyuarat secara dalam talian pada petang Selasa.
Perdana Menteri seterusnya menekankan peranan penting usaha diplomatik dalam mengukuhkan sokongan serta solidariti terhadap perjuangan Palestin di seluruh Amerika Latin.Beliau turut menegaskan keperluan mendesak untuk mendedahkan jenayah perang Israel serta bekerjasama dengan rakan antarabangsa bagi menghentikan serangan dan memastikan perlindungan rakyat Palestin di Gaza selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Mustafa menekankan bahawa tindakan Israel meneruskan genosid dan pelanggaran gencatan senjata telah mengakibatkan lebih 400 rakyat Palestin terbunuh, dengan puluhan lagi hilang dan ratusan yang lain cedera.
Perdana Menteri turut menggariskan usaha kerajaan dalam menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing, khususnya di Gaza, serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan penyaluran bantuan dan sokongan kepada rakyat Palestin.
Beliau menegaskan peranan penting duta Palestin dalam menyoroti penderitaan rakyat Palestin serta menggerakkan tekanan antarabangsa bagi menghalang Israel, sebagai kuasa pendudukan, daripada melaksanakan rancangannya yang bertujuanuntuk pemindahan paksa rakyat Palestin.
Beliau menekankan peranan penting duta Palestin dalam menyuarakan penderitaan rakyat Palestin dan menggerakkan tekanan antarabangsa bagi menghalang Israel, selaku kuasa penjajah, daripada melaksanakan rancangan yang bertujuan untuk pemindahan paksa rakyat Palestin.
Beliau turut menekankan keperluan mendapatkan sokongan antarabangsa bagi pelan pembinaan semula Gaza yang diterima pakai dalam Sidang Kemuncak Arab, untuk memastikan pelaksanaannya berjalan dengan berkesan bagi menangani keperluan kemanusiaan mendesak rakyat Palestin serta memperkukuh ketabahan mereka.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami