Skip to main content

Dunia

PM Nepal, anggota Kabinet sumbang gaji sebulan kepada dana bantuan banjir

Banjir nepal
Keputusan itu dibuat ketika kerajaan memperhebat usaha bantuan serta pemulihan susulan bencana yang mengorbankan ratusan nyawa di kawasan sempadan Nepal dan Tibet. -Gambar fail
Advertisement

KATHMANDU: Perdana Menteri Nepal bersama anggota Kabinet bersetuju menyumbangkan gaji sebulan mereka kepada Dana Bantuan Bencana Alam Perdana Menteri bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir besar yang melanda negara itu.

Menurut laporan portal berita tempatan The Kathmandu Post, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Kabinet sebagai tanda solidariti kerajaan terhadap mangsa bencana berkenaan.

Kabinet turut mengarahkan Kementerian Kewangan Nepal menyediakan pakej bantuan dan pemulihan untuk individu serta organisasi perniagaan yang terjejas akibat banjir tersebut.

Langkah itu diambil selepas Menteri Kewangan Nepal berkata negara berkenaan memerlukan dana bernilai beberapa bilion dolar Amerika Syarikat bagi memulihkan kemusnahan yang ditinggalkan bencana tersebut.

Setakat ini, kerosakan infrastruktur dan gangguan terhadap aktiviti ekonomi tempatan dilaporkan berada pada tahap serius susulan kemusnahan penempatan penduduk, jambatan utama serta rangkaian logistik di kawasan berhampiran sempadan China.

Must Watch Video

Advertisement