Skip to main content

Dunia

PM Pakistan akan hadiri pengebumian Pemimpin Agung Iran

A member of the Basij paramilitary forces carries metal parts underneath a large banner depicting Iran's late Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei during preparations for a farewell ceremony for Iran's late Supreme Leader, who was killed on February 28 in Israeli and U.S. airstrikes, at the Imam Khomeini Grand Mosalla, in Tehran, Iran July 2, 2026. REUTERS/Mohammed Salem Foreign media in Iran operate under guidelines set by the Ministry of Culture and Islamic Guidance, which regulates press activity and pe
Kelihatan sepanduk besar yang dengan foto Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei, ketika persiapan dilakukan bagi upacara pengebumian untuk Pemimpin Agung Iran itu, di Imam Khomeini Grand Mosalla, Tehran, Iran, 2 Julai 2026. REUTERS
Advertisement

HYDERABAD: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif akan menghadiri upacara pengebumian Pemimpin Agung Iran Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei di Tehran pada 4 Julai.

"Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan takziah bagi pihak rakyat dan Kerajaan Pakistan kepada kepimpinan Iran serta keluarga yang berduka," kata jurucakap Kementerian Luar Tahir Andrabi pada taklimat media di Islamabad pada Khamis.

Selepas itu, beliau akan berlepas ke Turkiye atas jemputan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bagi mengadakan perbincangan mengenai isu dua hala dan serantau.

Shehbaz akan diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Ishaq Dar serta menteri Kabinet lain dalam lawatan luar negara dari 3 hingga 5 Julai itu.

Sementara itu, India akan diwakili oleh Gabenor Negeri Bihar Syed Ata Hasnain dan Timbalan Menteri Luar Pabitra Margherita pada majlis pengebumian Khamenei berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement