DUNIA
PM Pakistan Imran Khan positif COVID-19
Berita Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan positif COVID-19 dimaklumkan Menteri Kesihatan negara itu, Dr Faisal Sultan menerusi muat naik status di akaun Twitter beliau. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan disahkan positif COVID-19 selepas dua hari beliau dilaporkan menerima vaksin virus itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan negara itu, Dr Faisal Sultan menerusi muat naik status di akaun Twitter beliau.
"PM Imran Khan disahkan positif COVID-19 dan kini dikuarantin di rumah," memetik status tersebut yang tidak memberi sebarang perincian lain.
Imran, 68, dilaporkan kerap menghadiri mesyuarat sejak kebelakangan ini, termasuk menghadiri persidangan berkait keselamatan di ibu negara, Islamabad dengan kehadiran peserta yang ramai.
Agensi berita Reuters melaporkan Imran dikatakan tidak memakai topeng muka sewaktu menyampaikan ucapan dan kemudian menghadiri perasmian projek perumahan miskin.
Pada Khamis, Imran dilaporkan menerima suntikan vaksin keluaran Sinopharm.

#COVID-19
#Pakistan
#Imran Khan
#vaksin
#virus
#Sinopharm
#Dr Faisal Sultan
#Menteri Kesihatan Pakistan