DUNIA

PM sementara Thailand berdepan aduan 'lese majeste'

Astro Awani 04/09/2025 | 02:50 MYT
Thaikorn berkata, Phumtham (gambar) tidak seharusnya menyerahkan permohonan pembubaran Dewan kerana sebagai perdana menteri sementara, beliau tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. - Foto Facebook Phumtham
BANGKOK: Perdana Menteri sementara Thailand, Phumtham Wechayachai, berdepan aduan lese majeste selepas tindakannya meminta perkenan Raja untuk membubarkan Dewan Perwakilan.

Aduan itu difailkan pada Rabu oleh Ahli Parlimen Senarai Parti New Democracy, Suratin Pichan, bersama aktivis politik, Thaikorn Polsuwan, di Biro Siasatan Pusat, Bangkok.

Selain itu, Parti Bhumjaithai turut mengemukakan aduan berasingan dengan menuduh Phumtham melakukan salah laku dalam jawatan.

Thaikorn berkata, Phumtham tidak seharusnya menyerahkan permohonan pembubaran Dewan kerana sebagai perdana menteri sementara, beliau tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan meminta perkenan diraja boleh dilihat sebagai usaha menggunakan institusi tertinggi negara sebagai alat politik.

Namun, penyokong Parti Pheu Thai menolak dakwaan tersebut dan mempertahankan tindakan Phumtham.

Insiden ini menambah lagi ketegangan politik di Thailand, susulan kebuntuan selepas Mahkamah Perlembagaan menyingkirkan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra minggu lalu.

Sumber: Bangkok Post






#Phumtham Wechayachai #perdana menteri sementara #Thailand #aduan lese majeste